Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah bimbang lakukan CPR pada wanita

Patung berbentuk tubuh wanita dibangunkan untuk latihan yang biasanya gunakan bentuk tubuh lelaki
Jan 18, 2021 | 05:30 AM



PERALATAN baru yang memberi patung perubatan berbentuk tubuh wanita telah dibangunkan bagi membantu mereka yang terlatih dalam bantuan pernafasan kecemasan (CPR) membantu mangsa wanita yang jantungnya terhenti, sekaligus meningkatkan peluang menyelamatkan mereka.



Biasanya, CPR diajar menggunakan patung berbentuk tubuh lelaki.



Ini bermakna mereka yang terlatih dalam CPR mungkin kurang biasa melakukan CPR kepada wanita, kata Yayasan Jantung Singapura (SHF), yang telah membangunkan patung itu.



Malah, ada sesetengah orang yang teragak-agak melakukan CPR pada wanita kerana khuatir akan dituduh mencabul kehormatan wanita tersebut apabila mereka memegang payudara mangsa.



Kekhuatiran serupa mencegah mereka daripada menggunakan defibrilator luaran automatik (AED) untuk membantu mangsa wanita.



Anggota lembaga SHF, Dr Chee Tek Siong, berkata kebimbangan sedemikian kadang kala mengakibatkan mereka lakukan bantuan kecemasan meletakkan tangan mereka terlalu rendah dari dada, iaitu di bawah payudara mangsa wanita, yang boleh menyebabkan kecederaan semasa melakukan CPR.



Oleh itu, patung berbentuk tubuh wanita itu dapat membiasakan mereka yang melakukan bantuan kecemasan dengan meletakkan tangan mereka dengan betul pada dada wanita.



"Jika anda mempunyai patung yang berbentuk seperti wanita, anda boleh berlatih menggunakannya dan anda akan lebih yakin," kata Dr Chee.



Mereka juga boleh belajar melekatkan pad AED tanpa perlu terlalu mendedahkan dada wanita, lapor The Straits Times.



Tanpa pertolongan, kadar kehidupan seseorang mangsa turun 10 peratus setiap minit yang berlalu setelah serangan jantung.



"Di saat genting sedemikian, tiada istilah rasa malu untuk kita cuba menyelamatkan nyawa," ujar Cik Denise Ng, ketua tenaga pengajar CPR dan AED dengan SHF.



Patung itu akan dibahagikan kepada 60 pusat latihan CPR dan AED bermula semalam sempena Hari Menyelamatkan Nyawa Nasional.



Dalam pada itu, jumlah kes serangan jantung di luar hospital di Singapura kian meningkat dan kini sekitar 3,000 kes berlaku setiap tahun, menurut pengarah perubatan Unit Penjagaan Kecemasan Pra-Hospital (UPEC) Kementerian Kesihatan, Profesor Marcus Ong.



Peningkatan jumlah tersebut disebabkan masyarakat yang menua serta peningkatan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung lain yang meningkatkan risiko serangan jantung di Singapura.



Namun, jumlah bantuan CPR yang diberikan orang awam juga telah meningkat tiga kali ganda dari 22 peratus pada 2011 kepada 61.8 peratus pada 2018.



Profesor Ong mengaitkan peningkatan tersebut kepada program CPR yang dibantu penerima panggilan yang dilancarkan pada 2012 di mana seseorang yang menelefon 995 apabila melihat seorang lain mengalami serangan jantung dibimbing melalui telefon oleh penerima panggilan itu untuk melakukan tekanan dada sebahagian CPR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >