Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar pengurusan selamat Covid-19: Kopitiam, Delifrance antara yang dihukum

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



KOPITIAM dan Delifrance adalah antara 24 gerai makanan dan minuman (F&B) yang dikenakan hukuman kerana melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19 sepanjang dua minggu lalu.



Sebanyak 15 daripada gerai F&B itu diperintahkan ditutup dan sembilan didenda, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Di samping itu, 24 orang didenda kerana tidak mematuhi langkah-langkah Covid-19.



Kementerian itu berkata semasa tempoh tersebut, pemeriksaan dijalankan ke atas lebih 1,000 premis dan lebih 3,700 individu untuk memastikan mereka mematuhi langkah perbezaan mengikut status vaksinasi.



Katong Eating House, sebuah cawangan F&B di Mountbatten Road, gagal melaksana pemeriksaan untuk memastikan hanya individu sudah divaksinasi sepenuhnya, mereka yang menjalani ujian praacara (PET) atau mereka yang telah pulih daripada koronavirus itu dapat memasuki premis tersebut.



Cawangan itu diperintahkan ditutup 10 hari, dari 15 hingga 24 Oktober.



Sebanyak 14 lagi cawangan F&B diperintahkan ditutup didapati tidak memastikan pelanggan mematuhi undang-undang yang mengehadkan kumpulan besar dan membiarkan muzik dimainkan di dalam premis mereka, antara pelanggaran lain.



Sembilan gerai yang dikenakan denda kompaun didapati membenarkan nyanyian dan gagal memastikan jarak selamat antara pelanggan yang duduk, antara pelanggaran lain.



Beberapa daripada mereka adalah pesalah berulang, termasuk Pink Whale di Circular Road, yang membenarkan pergaulan antara kumpulan pelanggan berlainan.



URA memerintahkan pengendali F&B itu ditutup 20 hari, dari 15 Oktober hingga 3 November.



Ini dua kali ganda tempoh biasa kerana itu adalah kesalahan berulang.



Canton Paradise di Nex diperintahkan ditutup 10 hari - dari 13 hingga 22 Oktober - kerana tidak memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara kumpulan pelanggan.



KPO di Killiney Road gagal meminimumkan interaksi fizikal antara kakitangan dan pelanggan dan membenarkan nyanyian di premisnya.



Lembaga Pelancongan Singapura memerintahkan ia ditutup 10 hari - dari 16 hingga 25 Oktober.



Perniagaan F&B lain yang didenda kerana melanggar langkah pengurusan selamat termasuk Delifrance di Tampines 1, Kopitiam di Bukit Panjang Plaza, Texas Chicken di VivoCity dan Toast Box di AMK Hub.



Perniagaan itu didenda $1,000 setiap satu kerana tidak memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara kumpulan pelanggan.



Pihak berkuasa akan terus meningkatkan pemeriksaan di gerai F&B dan tempat hiburan malam untuk memastikan bahawa langkah pengurusan selamat dan pembezaan vaksinasi dipatuhi dengan ketat, kata MSE.



Kementerian itu menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pengendali dan individu yang tidak mematuhi langkah-langkah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >