Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah antipenipuan, didikan awam harus dipertingkat

Josephine Teo: Trak bagi tingkat kesedaran masyarakat akan ke kawasan perumahan, ruang masyarakat bolehkan orang ramai kenali khidmat digital

SHAHIDA SARHID

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PEMBANGUNAN digital telah membolehkan penipuan berlaku pada kelajuan, skala dan bentuk kecanggihan yang lebih tinggi.



Maka itu, adalah penting langkah antipenipuan dipertingkat, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber, Cik Josephine Teo.



Menurut beliau, kementeriannya akan meninjau cara bagaimana melengkapi orang awam dengan lebih baik bagi melindungi diri mereka dan orang sekeliling.



Tambahnya, langkah teknikal dan usaha pendidikan awam yang dilaksanakan perlu sentiasa diulangi.



"Ini kerana pastinya penipu akan menyesuaikan cara untuk terus mengeksploitasikan emosi manusia dan menggunakan teknologi untuk menipu mangsa," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa berucap di acara Penghargaan Duta Negara Bijak (SNA) di Heartbeat@Bedok, semalam.



Dalam acara tersebut, Cik Teo telah melancarkan daya usaha bagi membolehkan orang awam mengenali lebih lanjut tentang khidmat digital selain menawarkan maklum balas terhadap prototaip dan khidmat sedia ada.



Dikenali sebagai 'Smart Nation Builder', trak sepanjang 12 meter itu dilengkapi dengan permainan berbentuk interaktif bagi orang awam mempelajari tentang inisiatif Negara Bijak selain khidmat digital pemerintah seperti LifeSG, Parents Gateway app, Healthy365 dan aplikasi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Trak itu akan mengunjungi kawasan perumahan, ruang masyarakat, pusat beli-belah dan perpustakaan awam pada separuh kedua tahun ini.



Selain itu, beliau turut melancarkan Kumpulan Penghasilan Bersama Warga Duta Negara Bijak.



Kumpulan tersebut menyatukan pelbagai kumpulan masyarakat untuk membantu dalam membangunkan, menguji dan menghasilkan bersama khidmat digital pemerintah.



Ia juga dapat memberikan maklum balas tentang produk dan khidmat digital sedia ada serta mengenal pasti jika mereka mahukan lebih banyak pendigitalan dalam bidang seperti jagaan kesihatan, khidmat masyarakat dan pendidikan.



Sejauh ini, sebanyak 15 kumpulan masyarakat termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan bagi Orang Kurang Upaya turut serta dalam kumpulan itu.



Dalam pada itu, empat bintang SNA telah diiktiraf atas kerja sukarelawan cemerlang mereka dalam melaksanakan Negara Bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >