Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah bantu kekalkan pekerja asing sektor binaan, limbungan marin dan proses

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA asing dalam sektor binaan, limbungan kapal dan proses yang permit kerjanya akan tamat antara Julai dengan Disember, akan dibenarkan untuk memperbaharuinya semula sehingga dua tahun, walaupun mereka tidak mememuhi kriteria, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Langkah tersebut adalah untuk membantu majikan dalam sektor ini mengekalkan pemegang permit kerja mereka dan mengendalikan kemasukan pekerja baru.



Penerima bantuan termasuk mereka yang akan memenuhi tempoh maksimum pekerjaan atau had usia pekerjaan maksimum. Syarikat tidak perlu mempunyai pekerja berkemahiran lebih tinggi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 peratus pemegang permit kerja mereka.



Syarat yang diketepikan buat sementara ini dan langkah lain akan membantu majikan dalam tiga sektor itu menangani kekurangan pekerja disebabkan sekatan sempadan lebih ketat. Tahun lalu, jumlah pemegang permit kerja dalam sektor ini jatuh hampir 60,000.



Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata langkah itu akan memastikan sektor ini boleh terus memenuhi keperluan buruh untuk operasi mereka dan memelihara keupayaan teras.



Dr Tan, yang melawat Straits Construction Singapore di Jalan Kilang semalam untuk mempelajari bagaimana ia menggunakan teknologi, berkata sektor pembinaan, limbungan kapal marin dan proses merupakan pendorong utama dalam ekonomi negara.



Beliau berkata agensi pemerintah telah bekerjasama rapat dengan sektor ini untuk merubah perniagaan mereka dan mengurangkan pergantungan tenaga kerja.



Namun usaha ini akan mengambil masa, kata Dr Tan sambil menambah langkah baru itu akan tertumpu kepada mengurangkan keprihatinan buruh yang segera.



Sebagai sebahagian langkah bantuan, kelulusan secara prinsip bagi semua pemegang pas kerja dalam tiga sektor itu - termasuk pas Pekerjaan dan S serta permit kerja - yang tidak dapat masuk ke Singapura disebabkan sekatan sempadan Covid-19, akan dilanjutkan.



Terdapat lanjutan enam bulan secara automatik mulai 1 Julai. Ini boleh dilanjutkan lagi sehingga enam bulan untuk memberi masa kepada majikan terjejas untuk membawa masuk pekerja mereka.



Bagi sektor pembinaan dan proses, akan terdapat penghapusan sementara bagi keperluan untuk layak bagi pengecualian hak setahun bekerja, yang membantu syarikat mengekalkan pekerja berpengalaman dan berkemahiran.



Dari 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan, tempoh minimum pekerjaan bagi kelayakan pengecualian akan diketepikan bagi pemegang permit kerja baru dan diperbaharui semula dari China, India, Sri Lanka, Thailand, Bangladesh, Myanmar dan Filipina.



Untuk menangani kekurangan tenaga kerja kini dalam industri pembinaan, pemerintah telah bekerjasama dengan Persatuan Kontraktor Singapura Ltd (SCAL) untuk memperkenalkan skim pengekalan enam bulan bagi pemegang permit kerja berpengalaman yang pekerjaannya sebelum ini telah tamat tetapi ingin terus bekerja di sini.



Mereka akan diberikan 30 hari di mana Scal akan menyediakan keperluan seperti perumahan dan makanan, sementara pemadanan kerja dikendalikan bersama bakal majikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >