Langkah baru bagi pertingkat mutu pendidikan swasta

SEKTOR pendidikan swasta dijangka menjalani semakan besar dengan langkah-langkah baru bagi melindungi pelajar dan membuat maklumat lebih telus bagi mereka.

Antara syarat baru ialah mewajibkan institusi pendidikan swasta (PEI) yang menawarkan program ijazah menyertai kaji selidik pekerjaan siswazah tahunan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pendidikan Swasta (CPE), serta piawaian kewangan minimum.

CPE, yang mengawal selia pendidikan swasta, menjadi sebahagian daripada SkillsFuture Singapura, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) sejak 3 Oktober. Ia sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pendidikan Swasta.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Okt), CPE membentangkan lima langkah luas.

Pertama, PEI yang menawarkan program ijazah akan dikehendaki menyertai kaji selidik tahunan untuk menjejak hasil pekerjaan siswazah mereka. Keputusan kaji selidik itu, yang akan diterbitkan di laman web CPE, akan menunjukkan prestasi setiap institusi.

Kedua, sekolah swasta yang menawarkan ijazah atau kursus, termasuk diploma yang membawa terus kepada ijazah, perlu terlebih dahulu mendapatkan pensijilan empat tahun EduTrust, yang menjamin mutu. Sekolah sedia ada yang tidak mempunyai sijil itu dikehendaki memohon sebelum Jun 2017 dan mencapainya menjelang Jun 2018.

Ketiga, lepasan sekolah baru yang menyertai sekolah swasta juga perlu memenuhi syarat kemasukan akademik minimum. Sebagai contoh, mereka yang memohon untuk program ijazah mesti mempunyai sekurang-kurangnya sijil GCE peringkat A, diploma International Baccalaureate, kelayakan prauniversiti setaraf, diploma politeknik tempatan atau kelayakan PEI yang menyediakan kemasukan langsung ke program ijazah.

Untuk memastikan PEI baru mempunyai sumber sesuai, modal berbayar minimum $100,000 dikehendaki, berkuat kuasa serta-merta. PEI sedia ada juga perlu memenuhi penarafan kredit minimum menjelang Jun 2017.

Akhir sekali, kriteria EduTrust akan diperketat. Mulai sekarang, hanya PEI berdaftar dengan CPE sekurang-kurangnya empat tahun boleh memohon pensijilan EduTrust. Buat masa ini tiada apa-apa sekatan dikenakan.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.