Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah bendung Covid-19 tidak terlalu jejas pemulihan ekon: Penganalisis

Sekitar 83.3 peratus pakar ekonomi swasta dalam tinjauan sifat ia sebagai risiko positif
Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PARA penganalisis tidak menjangkakan langkah pengurusan selamat diperketat yang dilaksanakan di sini beberapa minggu lalu untuk membendung penularan Covid-19 terlalu menjejas pemulihan ekonomi keseluruhan.



Menurut tinjauan suku tahunan terkini yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam, usaha membendung penularan Covid-19 yang berkesan mendahului senarai faktor yang boleh menyaksikan pakar ekonomi meningkatkan prospek pertumbuhan mereka bagi Singapura.



Sekitar 83.3 peratus pakar ekonomi swasta dalam tinjauan itu menyebutkannya sebagai risiko positif bagi ekonomi Singapura berbanding 77.8 peratus dalam tinjauan pada Mac lalu.



Pakar ekonomi CIMB Private Banking, Encik Song Seng Wun, merujuk kepada momentum yang dilihat daripada prestasi lebih kukuh daripada yang dijangkakan dalam suku pertama tahun ini, dan berkata kebanyakan sektor di Singapura masih dapat beroperasi meskipun langkah-langkah diperketat dilaksanakan di bawah fasa kewaspadaan dipertingkat.



Ia sebahagian besarnya adalah sektor yang perlu berhadapan dengan pengguna, seperti runcit dan makanan dan minuman, yang terjejas, tambah beliau.



Ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, pula berkata penguncupan yang dilihat tahun lalu di samping jangkaan langkah-langkah diperketat akan dilonggarkan secara berperingkat juga menyumbang kepada pandangan bahawa sebarang prestasi kurang baik semasa tempoh ini hanya satu "hambatan sementara terhadap pemulihan pertumbuhan".



"Tambahan pula, kadar vaksinasi telah dipertingkat dan bekalan vaksin dijangka diselesaikan dalam tempoh mendatang," kata beliau.



Pakar ekonomi swasta telah meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini, dengan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dijangka tumbuh 6.5 peratus - lebih tinggi berbanding ramalan 5.8 peratus yang dibuat sebelum ini.



Perangkaan yang diramalkan itu juga lebih tinggi daripada ramalan pertumbuhan ekonomi pemerintah antara 4 dengan 6 peratus bagi tahun ini.



Ekonomi Singapura tumbuh 1.3 peratus dalam suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lebih kukuh berbanding ramalan penguncupan 1.1 peratus dalam tinjauan sebelumnya.



Responden yang ditinjau menjangkakan ekonomi tumbuh 15 peratus dari tahun ke tahun dalam suku kedua - satu peningkatan besar daripada suku tahunan paling teruk dalam sejarah Singapura tahun lalu ketika negara ini berada dalam tempoh pemutus litar apabila GDP merosot 13.2 peratus.



Rasa optimis itu sebahagian besarnya didorong prestasi perkilangan dan Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX), dengan perkilangan kini dijangka tumbuh 8.3 peratus berbanding 4.7 peratus pada tahun ini. NODX pula dijangka tumbuh 7.5 peratus berbanding 6.9 peratus.



Sektor binaan kini dijangka tumbuh 19.3 peratus, lebih rendah berbanding pertumbuhan 22.5 peratus yang diramalkan dalam tinjauan sebelum ini.



Sementara itu, para responden juga menjangkakan GDP tumbuh 4 peratus pada tahun depan daripada 3.8 peratus yang diramalkan dalam tinjauan Mac lalu.



Pakar ekonomi percaya inflasi keseluruhan boleh mencapai 1.4 peratus, naik daripada ramalan 0.9 peratus sebelum ini.



Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan jalan raya privet, dijangka mencapai 0.8 peratus, naik daripada 0.7 peratus dalam tinjauan sebelumnya.



Sementara itu, suku kedua pula boleh menyaksikan inflasi keseluruhan mencapai 1.9 peratus dan inflasi teras mencapai 0.7 peratus.



Pasaran buruh juga dijangka terus pulih, dengan responden menjangkakan kadar pengangguran mencapai 2.7 peratus menjelang hujung tahun - turun daripada 2.9 peratus dalam tinjauan pada Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >