Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah Covid-19 S'pura diperketat: Perhimpunan sosial dihadkan 2 sesi sehari

Apr 30, 2021 | 07:34 PM



WARGA Singapura digesa agar tidak melakukan lebih daripada dua perhimpunan sosial sehari sebagai sebahagian langkah yang diperketatkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat menyusuli tambahan bilangan kes.



Langkah baru lain yang akan dilaksanakan bagi dua minggu ini akan membawa kesan buat pusat beli-belah, ruang barbeku, tapak berkhemah dan daya tarikan seperti berikut:



- Pusat beli-belah dan gedung jualan: Had penghunian terbatas pada seorang individu bagi setiap 10 meter persegi luas lantai kasar, berkurangan daripada yang ada kini iaitu seorang individu bagi setiap 8 meter persegi.



- Pusat beli-belah popular (Lucky Plaza, Peninsula Plaza): Sekatan kemasukan mengikut tarikh ganjil dan genap pada Ahad akan dikembalikan.



- Ruang barbeku di luar dan tapak berkhemah: Ditutup buat awam termasuk beberapa ruang barbeku di taman, estet perumahan, kondominium dan kelab riadah.



- Daya tarikan: Mulai 7 Mei hingga 14 Mei, semua daya tarikan yang menerima kebenaran daripada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan untuk beroperasi pada 65 peratus tampungan operasi akan dikurangkan kepada 50 peratus.



Langkah-langkah ini akan dilaksanakan mulai 1 Mei hingga 14 Mei. Lebih banyak butiran akan didedahkan kelak.



Mengulas mengenai perkara ini di sidang akhbar pada Jumaat (30 April), Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, berkata individu harus menghadkan perhimpunan sosial mereka kepada dua sesi setiap hari secara keseluruhannya, baik di isi rumah lain atau di ruang awam dengan had tidak melebihi lapan orang dalam setiap sesi dikekalkan.



Majikan juga harus izinkan kakitangannya bekerja dari rumah seberapa boleh sementara perhimpunan sosial di tempat bertugas harus dielakkan. Sektor awam akan mendahului yang lain dalam perkara ini.



Agensi awam di Novena yang berhampiran dengan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) seperti Kementerian Ehwal Dalam Negeri serta Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) akan meminta kakitangannya agar bekerja dari rumah seberapa boleh bagi mengurangkan risiko virus menular, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Encik Wong akur sekatan ini akan menyebabkan situasi yang menyusahkan memandangkan beberapa cuti umum akan diraikan pada Mei tetapi beliau menggesa agar warga Singapura bekerjasama dan mengurangkan aktiviti sosial mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >