Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah diperketat bagi elak pemohon kali pertama tolak giliran pilih flat

Mar 02, 2023 | 09:22 PM



PEMOHON kali pertama yang diundang untuk memilih flat tetapi tidak melakukan demikian akan mempunyai peluang lebih rendah  untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang lain selama setahun.


Mulai penjualan flat BTO pada Ogos 2023, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pemohon kali pertama ini akan dianggap sebagai pemohon kali kedua selama setahun apabila mereka menolak tawaran Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menempah flat.


Sekarang ini, pemohon kali pertama dikenakan sekatan itu selepas mereka menolak tawaran HDB dua kali.


Langkah mengetatkan peraturan itu antara lain bertujuan memastikan peruntukan flat yang lebih berkesan.


Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis, Encik Lee berkata ini supaya mereka yang memerlukan flat boleh mendapatkannya dengan secepat mungkin.


Mulai penjualan flat BTO pada Ogos 2023 juga, pemohon kali kedua yang menolak tawaran HDB untuk memilih flat juga perlu menunggu setahun sebelum mereka boleh memohon flat lagi.


Sekarang ini, pemohon kali kedua tidak dibenarkan menyertai penjualan flat HDB selama setahun selepas mereka menolak tawaran HDB dua kali.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >