Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah diusul bagi tangani individu nafi hak jumpa anak kepada bekas pasangan

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA langkah baru yang disarankan di bawah pindaan Piagam Wanita akan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan perintah jika terdapat individu yang menafikan bekas pasangan mereka hak berjumpa dengan anak-anak mereka selepas proses perceraian.



Di bawah pindaan yang dibaca buat pertama kali di Parlimen semalam, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menyarankan beberapa langkah bagi menguatkuasakan perintah akses kepada anak-anak.



Ini termasuk melalui kaunseling, mendidik pasangan mengenai perantaraan bersama, di mana dua atau lebih pihak perantaraan bekerjasama dengan individu terlibat dalam menghuraikan masalah mereka.



Langkah lebih tegas yang diperkenal termasuk pampasan bagi masa dan perbelanjaan - contohnya jika ibu atau bapa membayar kos penginapan percutian atau tambang perjalanan bagi anak-anak mereka tetapi tidak mendapat akses disebabkan bekas pasangan mereka.



Ia juga boleh merangkumi saman atau hukum penjara bagi kes-kes tertentu.



Isu tersebut bertambah teruk disebabkan pandemik Covid-19, di mana terdapat risiko jangkitan melalui pergerakan anggota isi rumah.



Pasangan dalam proses bercerai dan anak-anak mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari segi penjagaan anak-anak dan keperluan emosional mereka sedang pemerintah mempertimbang sokongan bagi program perceraian di sini.



Satu lagi pindaan yang disarankan adalah untuk mewajibkan ibu bapa anak bawah umur untuk menghadiri Program Keibubapaan Wajib sebelum mereka boleh memfailkan perceraian.



Buat masa ini, hanya pasangan yang bercerai dan membincangkan isu perceraian mereka perlu menghadiri program tersebut.



Perubahan itu juga akan memberi kuasa kepada mahkamah untuk memberi nasihat relevan kepada individu seperti datuk dan nenek yang merupakan penjaga utama kanak-kanak apabila ibu bapa mereka bercerai; menghadiri program keibubapaan dan menyarankan agar kanak-kanak bawah umur menyertai program kanak-kanak.



Buat masa ini, kurang daripada dua peratus kanak-kanak yang terjejas oleh perceraian ibu bapa mereka menghadiri program Children-in-Between, yang membantu kededua ibu bapa dan anak-anak untuk menghadapi kesan perceraian itu dengan lebih baik.



Ada yang menghadiri program ini secara sukarela, manakala yang lain mungkin dirujuk oleh mahkamah.



Kurang 200 kanak-kanak menghadiri program ini setiap tahun, iaitu sebahagian kecil daripada jumlah kanak-kanak yang terjejas dek perceraian.



Pada 2019, terdapat sekitar 6,700 kanak-kanak bawah 21 tahun yang mempunyai ibu bapa yang bercerai.



Pemerintah juga akan menyarankan perubahan bagi mengukuhkan penguatkuasaan perintah tuntutan nafkah di Singapura di bawah pindaan yang disarankan kepada Akta Keadilan Keluarga tahun depan.



Ini termasuk membolehkan mahkamah menggunakan pendekatan penyiasatan aktif apabila mendengar permohonan bagi penguatkuasaan.



Ini mungkin termasuk meminta pihak terlibat untuk menyerahkan dokumen seperti penyata.



Selain perubahan kepada undang-undang dan prosedur, MSF berkata ia juga akan melihat kes-kes yang melibatkan bekas pasangan yang sukar membayar nafkah yang ditetapkan dan menawarkan sokongan kepada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >