Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah drastik perlu bagi tangani inflasi tinggi ekon dunia: PM Lee

Risiko berlakunya kemelesetan ekonomi, kesan krisis di Ukraine antara disentuh dalam temu ramah dengan media Jepun
May 24, 2022 | 05:30 AM



EKONOMI dunia kini berdepan dengan inflasi tinggi dan langkah drastik mesti diambil untuk mengurangkannya agar inflasi tidak menjadi satu masalah yang serius.



Namun, dalam menangani inflasi itu, terdapat risiko berlakunya kemelesetan ekonomi.



Demikian menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam wawancaranya bersama kumpulan media Jepun, Nikkei, pada Jumaat lalu.



Encik Lee berkata, ekonomi global telah pulih lebih cepat daripada apa yang dijangkakan setelah Covid-19 dan langkah-langkah rangsangan telah membantu dalam hal tersebut.



"Namun, langkah rangsangan itu terus digunakan dengan sangat banyak, atas sebab politik, walaupun ekonomi sudah kelihatan pulih di Amerika Syarikat dan juga di Eropah," katanya, sambil menambah ia menyebabkan inflasi meningkat sebelum krisis berlaku di Ukraine.



Beliau menambah bahawa setahun lalu, bank pusat risau tentang deflasi dan mahu menaikkan inflasi sebanyak 2 peratus secara purata.



"Namun, sekarang agak jelas bahawa mereka perlu menukar pendirian mereka dan saya yakin mereka sedang melakukannya.



"Cabarannya sekarang ialah inflasi agak tinggi dan kita memerlukan langkah agak drastik untuk mengurangkannya dan mencegah jangkaan inflasi daripada menapak.



"Ini sangat sukar dilakukan dengan kesan yang tidak teruk. Terdapat risiko besar untuk melakukan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa yang sama akibatnya ialah kemelesetan," ujar Encik Lee, yang berada di Tokyo bagi menyertai Sidang Antarabangsa Bagi Masa Hadapan Asia di Tokyo minggu ini.



Beliau menekankan bahawa ia merupakan risiko yang mesti diambil kerana jika tindakan tidak diambil untuk membendung inflasi, ia akan menjadi masalah besar bagi dunia.



Menyentuh isu politik dunia pula, Encik Lee akur perang Russia-Ukraine "sangat merisaukan".



"Antara Russia dengan negara lain di dunia, serangan terhadap Ukraine telah menyebabkan banyak ketegangan, kerisauan dan kemarahan bahawa Russia telah melanggar perintah antarabangsa, mereka telah melanggar kedaulatan dan integriti wilayah negara merdeka yang lain.



"Lebih lama (perang di Ukraine) berterusan, saya fikir lebih besar risiko kerumitan dan peningkatan berlaku, dan itu mempunyai kesan bukan sahaja di Eropah bahkan seluruh dunia," katanya.



Encik Lee menekankan peri pentingnya negara-negara menegakkan rangka kerja antarabangsa yang wujud.



Ini kerana rangka kerja sedemikian membolehkan negara bekerjasama meskipun mereka mempunyai perbezaan, perselisihan faham dan konflik antara satu sama lain.



"Negara-negara mesti mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa.



"Ini merupakan undang-undang yang dikenakan terhadap semua orang dan penting bagi semua negara tidak kira besar atau kecil mematuhinya.



"Saya akur negara-negara besar lebih suka mempunyai kebebasan dan tidak mahu mengongkong diri mereka.



"Russia melanggar peraturan dengan menyerang Ukraine tetapi kuasa besar lain juga sering enggan membenarkan badan supranasional mempunyai kuasa ke atas mereka. Saya faham semua itu, tetapi ia amat dikesali," ulas beliau.



Encik Lee turut berkongsi pandangannya mengenai pengaruh China yang semakin membesar di rantau Asia-Pasifik.



Beliau berkata sedang ekonomi China membangun dan berkembang, banyak negara Asia termasuk Singapura dan Jepun mahu mendapatkan manfaat daripada peluang yang tersedia daripada pertumbuhan itu.



"Pembangunan China adalah positif bagi rantau ini, tetapi pada masa yang sama negara-negara di sini mahu mengekalkan hubungan penting mereka dengan kuasa dan ekonomi lain, dengan Amerika dan Eropah," katanya.



Bagi Singapura, hubungan dengan Jepun, antaranya dalam aspek ekonomi digital dan ekonomi hijau mahu terus dipupuk, tambah Encik Lee.



Beliau turut melahirkan harapan agar Perjanjian Kerjasama Ekonomi Jepun-Singapura (JSEPA) yang dibentuk pada 2002 dapat dikemaskini dan dipertingkat.



Sedutan interviu PM Lee




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >