PENULARAN VIRUS WUHAN
Langkah elak catut: Peruncit, wadah e-dagang harus kerjasama dengan pemerintah
Jan 31, 2020 | 05:30 AM
PERUNCIT dan wadah e-dagang diminta bekerjasama dengan pemerintah sebagai sebahagian usaha mengelak pihak tertentu daripada mengaut keuntungan berlebihan hasil penjualan pelitup di tengah-tengah kebimbangan tentang virus Wuhan kini.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Pengawal Harga telah mengeluarkan surat kepada wadah e-dagang semalam untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan memberi maklumat tentang pihak yang menjual pelitup pada harga lebih tinggi untuk mengaut keuntungan berlebihan itu.