Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah elak satukan Baucar Teroka Semula S'pura demi majukan niaga: STB

Nov 28, 2020 | 07:11 PM



LANGKAH mengelakkan orang ramai daripada menyatukan Baucar Teroka Semula Singapura (SingapoRediscovers) diambil agar baucar pelancongan itu boleh dimanfaatkan lebih banyak perniagaan, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) kepada akhbar The Straits Times pada Sabtu (28 November).



Walaupun ramai mengalu-alukan skim ini, beberapa pengguna mengeluh baucar $100 itu tidak boleh dikumpul dan disatukan bersama baucar milik anggota keluarga lain dan teman-teman bagi penggunaan serentak.



Pengarah keupayaan komunikasi dan pemasaran di STB, Encik Terrence Voon, berkata:



"Baucar ini bertujuan menyokong perniagaan pelancongan yang teruk terjejas oleh Covid-19. Lantaran itu, kami berharap warga Singapura akan menyokong seberapa banyak perniagaan yang termampu."



Penggunaan baucar secara individu juga membantu mengelakkan sebarang kes penipuan, tambah Encik Voon yang ditemui media sewaktu pratonton proses mendapatkan baucar di Kelab Masyarakat Tiong Bahru diadakan pada Sabtu (28 November).



Warga Singapura berusia 18 tahun ke atas diberi Baucar Teroka Semula Singapura bernilai $100 bagi kegunaan berkunjung ke daya tarikan setempat, menetap di hotel atau sesi kembara dalam negara.



Baucar ini boleh diperolehi dalam talian antara 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021 menerusi lima wadah tempahan dalam talian: Changi Recommends, GlobalTix, Klook and UOB Travel Planners, Traveloka, dan Trip.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >