Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Langkah jarak selamat perlu diperhatikan kedai, pengeluar makanan apabila operasi semula

May 02, 2020 | 04:37 PM

BERAPA garis panduan yang dikemaskinikan telah dibentangkan  Enterprise Singapore, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Agensi Makanan Singapura (SFA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam memastikan langkah jarak selamat dapat diamalkan semua pengendali jualan makanan dan minuman.

Menurut satu kenyataan bersamal lima pihak ini, apabila operasi pengeluaran makanan dan khidmat makanan tertentu disambung semula pada 12 Mei ini, antara peraturan yang dibolehkan adalah: 

a. Pengeluaran dan persiapan kesemua jenis makanan termasuk kek, pastri, roti, ais krim, koko, coklat dan produk mengandungi coklat yang operasinya digantung pada 21 April lalu.

b. Kedai kek, roti, pastri dan snek dalam bungkusan serta pencuci mulut dibuka hanya bagi pembelian bawa pulang atau pengiriman sahaja.

Namun, kedai yang hanya menjual minuman akan terus ditutup dalam tempoh pemutus litar hingga 1 Jun ini.

Penjualan dalam talian produk ini pula dibenarkan hanya jika mereka memenuhi ketetapan dihasilkan daripada dapur pusat berlesen.

Dalam pada itu, perniagaan makanan (kecuali pusat makanan) di taman-taman termasuk mesin makanan layan diri akan terus tidak beroperasi.

Kenyataan itu menambah, sedang lebih ramai pelanggan dijangka menempah makanan sewaktu tempoh ini, orang ramai dinasihatkan agar membawa bekas makanan bersih yang boleh digunakan semula apabila membeli makanan.

Ini adalah bagi mengurangkan makanan yang terbuang atau permintaan bagi penggunaan bekas makanan yang boleh dipakai buang.

Amalan jarak selamat juga harus terus diperhatikan pengendali kedai makanan ini bagi mengurangkan kesesakan dalam ruang kedai.

Tiada perubahan pada operasi gerai makan di pusat makanan, kedai kopi dan ‘food court’ kerana mereka dibenarkan terus beroperasi.

Selain menekankan tempahan yang dibuat awal dari rumah atau kaedah bayaran segera dan ringkas bagi mengelakkan pelanggan bertunggu tangga, semua kakitangan, pelanggan dan pekerja pengiriman harus mengamalkan kebersihan dan memantau kesihatan masing-masing.

Kakitangan kedai makanan boleh makan di ruang kedai yang dikhususkan buat mereka secara bergilir-gilir dan berasingan daripada pelanggan.
Agensi pemerintah akan mempertingkat penguatkuasaan langkah jarak selamat ini.

Di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 yang diluluskan di Parlimen pada 7 April lalu, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan selanjutnya membawa pada denda sehingga $20,000, penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 
 
 
 
 
 
 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3