Langkah kenal rumah mesra warga tua, golongan kurang upaya

WARGA emas dan golongan kurang upaya boleh menjangkakan tempat kediaman yang lebih selamat serta bangunan yang lebih mudah digunakan, dengan garis panduan desain baru yang mengambil kira keperluan mereka.

Semalam, Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) memperkenalkan beberapa langkah baru bagi menghasilkan persekitaran hidup lebih inklusif yang boleh dimanfaatkan golongan usia dan keperluan tertentu, seperti kumpulan ibu dengan anak yang masih kecil.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun