Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah keselamatan Covid-19 bagi pekerja asing diperketat susuli kes dormitori Westlite Woodlands

Apr 22, 2021 | 09:55 PM



LANGKAH keselamatan Covid-19 bagi pekerja asing akan diperketat serta-merta selepas kelompok jangkitan baru dikesan di dormitori Westlite Woodlands awal minggu ini.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menjelaskan demikian dalam satu sidang media pada Khamis (22 April) dengan menyatakan langkah tersebut diambil bagi mencegah berlakunya penularan varian baru virus daripada pekerja India yang baru sahaja tiba ke dalam ruang dormitori pekerja asing.



Sungguhpun demikian, MTF menjelaskan tiada bukti bahawa kes terkini di Westlite Woodlands itu berkait dengan strain Covid-19 baru dari India.



Semua pekerja asing yang baru tiba dari negara dan rantau berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai hasil ujian serologi positif kini perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) penuh selama 14 hari di ruang khusus, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng pada Khamis.



Selepas lulus ujian Covid-19, mereka akan dihantar ke Pusat Suai Tugas Pekerja Asing (MWOC) bagi rejim ujian tambahan selama tujuh hari di samping perlu lulus satu lagi ujian reaksi rantaian polymerase sebelum dibenarkan pulang.



Sebelum ini, sebilangan pekerja ini hanya perlu menjalani SHN selama empat hari di kemudahan khusus sebelum dihantar ke Dormitori Cepat Bina yang bertindak seperti MWOC bagi baki tempoh SHN di samping rejim ujian tujuh hari itu.



Mereka yang hasil ujiannya positif juga tidak perlu menjalani tempoh SHN selama 14 hari.



Pekerja asing yang baru tiba dengan ujian serologi positif kini perlu menjalani rejim ujian rutin yang dijadualkan (RRT) di mana mereka akan diuji setiap dua minggu, kata Dr Tan dalam sidang maya itu. 



Sebelum ini, pekerja asing ini terkecuali daripada ujian sebegitu.



Dalam pada itu, mulai 29 April, pekerja yang pulih dan menetap di dormitori serta pekerja dari sektor binaan, kelautan dan proses yang tinggal di Singapura dan telah melepasi 270 hari daripada tarikh mereka dijangkiti Covid-19 tidak lagi dikecualikan bagi langkah kesihatan awam yang lazim dilakukan.



Mereka akan disertakan semula dalam ujian rutin yang dijadualkan sejurus melepasi tempoh 270 hari itu. Jika mereka dikenal pasti sebagai kontak dekat kes Covid-19, mereka juga diperlukan menjalani kuarantin bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan semula berlaku.



Langkah ini diambil meskipun kajian menunjukkan daya imun seseorang selepas pulih daripada Covid-19 bertahan melepasi 300 hari, tambah Dr Tan.



Pelaksanaan langkah ini juga menyusuli sesi semakan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang merujuk pada pakar penyakit berjangkit. Pakar ini menyatakan kemungkinan berlakunya jangkitan semula adalah kerana kemungkinan ada kekurangan tahap antibodi dalam diri mereka yang pulih daripada koronavirus.



Semakan ini berdasarkan bukti saintifik terkini daripada kohort individu yang sudah pulih di Singapura, dalam tempoh hampir setahun daripada tarikh jangkitan.



 "Walaupun ini hanyalah indikator daya imun, melihat pada varian baru virus yang wujud ini, risiko pelindungan imun boleh bertambah," ujar Dr Tan lagi.



Seramai 17 pekerja yang sudah pulih daripada Covid-19 di dormitori Westlite Woodlands dikesan positif Covid-19 pada Khamis.



Dalam pada itu, perjuangan menentang wabak Covid-19 di dormitori sudah memasuki fasa baru.



Pada masa yang sama, kes baru yang dikesan memberi iktibar dan peringatan tepat pada masanya bahawa usaha menentang Covid-19 belum berakhir.



Demikian catat Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo di Facebook.



"Menerusi usaha gigih pekerja, operator dan rakan sekerja di barisan hadapan yang bergerak menerusi Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM), kita berupaya mencegah kelompok Covid-19 daripada dibentuk di dormitori selama sekitar lapan bulan. 



"Walaupun demikian, kita telah berulang kali menyatakan tiada ruang buat kita bersikap lewa.



"Selain langkah hidup selamat dan sekatan pergerakan, terdapat rejim ketat Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) dan Ujian Sisa Buangan (WWT) yang kita pantau rapi. Malahan, kerana langkah-langkah yang diambil ini, kelompok terkini dapat dikesan," tulis Cik Teo.



Menurutnya lagi perjuangan yang mungkin memasuki fasa baru membawa pada kesedaran wujudnya varian virus baru yang mungkin lebih mudah menjangkiti atau boleh menyebabkan mereka yang pulih dijangkiti semula.



Walaupun langkah berjaga-jaga yang diambil memberi jaminan tetapi Singapura, jelas Cik Teo, tidak akan mengambil mudah perkara ini dengan bertindak tangkas.



"Di setiap dialog bersama persatuan perdagangan dan dewan perniagaan, kami sentiasa bertanya bilakah aliran pekerja asing ini dapat diperluaskan. Saya faham tekanannya pada perniagaan dan telah menjelaskan keperluan berhati-hati.



"Perkara terakhir yang kami mahukan ialah mengambil satu langkah ke depan dan dua langkah ke belakang. Kerana itu, kami begitu berhati-hati tentang memberi kebenaran (pada kemasukan individu asing) dan SHN serta ujian kedatangan. Ini akan diteruskan.



"Kami menghargai sokongan berterusan majikan dan secara aktif mencari cara menyediakan mereka dengan bantuan lanjutan. Bersama dengan Kementerian Kesihatan, rakan sekerja di Singapura, MOM akan beri tumpuan jitu pada kesihatan dan keselamatan pekerja asing di dormitori kami, sesuatu yang akan juga melindungi masyarakat awam," jelas Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >