Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Langkah keselamatan Covid-19: Ketetapan makan bersama dihadkan pada 2 orang di McDonald's tanpa kira status vaksinasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Langkah keselamatan Covid-19: Ketetapan makan bersama dihadkan pada 2 orang di McDonald's tanpa kira status vaksinasi

Jul 18, 2021 | 03:26 PM

RESTORAN makanan segera McDonald's di Singapura kembali mengenakan ketetapan hanya kumpulan seramai dua orang sahaja dibenarkan makan bersama di premisnya, tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Ini menyusuli langkah diperketat yang dikenalkan menyusuli peningkatan semula kes masyarakat Covid-19 di sini.

McDonald's Singapore, dalam kenyataannya pada Ahad (18 Julai), menjelaskan langkah ini akan berkuatkuasa mulai 19 Julai (Isnin) hingga 8 Ogos.

"Sebagai jenama yang memberikan khidmat kepada ribuan orang dari pelbagai peringkat usia setiap hari, memastikan pekerja dan pelanggan selamat kekal sebagai keutamaan kami.

"Kami menghargai pilihan yang diberi kepada penyedia khidmat makanan dan minuman (F&B) bagi menentukan protokol terbaik buat mereka, dan kami mengambil keputusan menghadkan pelanggan yang datang untuk menjamu selera di sini pada kumpulan sehingga dua orang sahaja sebagai pilihan paling selamat buat pelanggan dan kakitangan kami," kata pengurus besar McDonald's Singapore, Encik Benjamin Boh.

Pelanggan boleh terus menikmati sajian hidangan McDonald's kegemaran mereka dari keselesaan rumah mereka menerusi khidmat kiriman, tempahan di stesen 'drive-thru' (pandu lalu) serta pesanan makanan di restoran untuk dibawa pulang.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3