Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Langkah keselamatan di beberapa tapak agama mungkin dipertingkatkan

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH-LANGKAH keselamatan di beberapa tapak agama mungkin dipertingkatkan bagi mengimbangi risiko yang semakin meningkat, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.



Namun beliau menegaskan langkah itu perlu dilakukan secara berhati-hati demi memastikan tempat ibadah tidak diubah menjadi "kubu dengan pengawal bersenjata melakukan rondaan".



Tambahnya, tapak ibadah sering menjadi sasaran kegiatan ekstremis, namun tahap ancaman berbeza bagi setiap tempat.



"Bila anda melangkah masuk ke dalam sinagog, gereja, kuil atau masjid, bagaimana rasanya jika tempat itu kelihatan seperti kubu, atau kawasan penempatan, dengan pengawal bersenjata yang melakukan rondaan?



"Adakah kita ingin mengubah tempat ibadah kita seperti ini?" kata Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian kepada pihak media semalam dalam mengulas mengenai penahanan Amirull Ali, 20 tahun, yang menjadi radikal sendiri dan merancang melakukan serangan ke atas masyarakat Yahudi di sini. Dia merancang melakukan serangan itu selepas sesi ibadah beramai-ramai di Sinagog Maghain Aboth yang terletak di Waterloo St.



Tambah Encik Shanmugam: "Langkah keselamatan memang perlu berdasarkan pertimbangan ancaman yang dihadapi.



"Mungkin kita perlu letakkan pengawal bersenjata di dalam tetapi pada pendapat saya kita perlu amat berjaga-jaga dalam melaksanakannya."



Namun, perincian lanjut tidak akan diberikan kerana ini akan mendedahkan secara taktikal tempat yang akan menerima perlindungan tambahan, kata Encik Shanmugam.



Beliau akui salah satu cabaran yang dihadapi pihak berkuasa adalah dalam mengenal pasti ancaman kegiatan ekstremis seperti itu yang boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.



"Ada golongan kecil yang melungsuri internet (untuk mendapatkan bahan ekstremis) dan tidak memberitahu orang lain seperti Amirull.



"Dia tidak menunjukkan sebarang tanda cenderung terhadap keganasan, dia juga berlatih menggunakan pisau secara tersembunyi. Dia tak beritahu keluarganya.



"Ada kalanya apabila ada individu seperti ini, atau individu yang menjadi radikal dalam tempoh beberapa minggu sahaja, kita tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengenal pasti mereka," katanya.



Walaupun di Singapura sukar untuk mendapatkan senjata seperti pistol atau senapang, mereka yang radikal masih boleh menggunakan benda lain dalam serangan mereka termasuk pisau ataupun kereta, tambah Encik Shanmugam.



Sementara itu individu yang menjadi radikal juga kini semakin muda, kata beliau, dan ini tentunya menimbulkan keprihatinan.



"Kandungan di internet menyebabkan mereka sesat kerana mereka kurang terdedah dengan ajaran sebenar agama tertentu, dan ini bukan salah pihak berkuasa agama tersebut.



"Tidak ada agama, sama ada Islam, Kristian atau agama lain, yang menyuruh individu untuk membunuh orang lain. Malah semua agama menekankan pentingnya kasih sayang antara satu sama lain, dan untuk melindungi orang lain sepertimana kita lindungi diri sendiri," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >