Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Langkah keselamatan di daerah Pentas Terapung Marina Bay dipertingkat

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) telah diisytiharkan sebagai acara khas yang memerlukan langkah keselamatan lebih ketat.



Ini bermakna, tahap kawalan keselamatan dipertingkat di kawasan berhampiran Pentas Terapung Marina Bay.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF), sekatan itu akan bermula pada 12 malam pada 9 Ogos dan akan berterusan kira-kira 24 jam sehingga 11.59 malam.



Sekatan tersebut akan dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk sekitar Suntec City dan Gardens by the Bay.



Pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat juga dilakukan di zon khas yang ditetapkan dalam kawasan acara. Ini termasuk kawasan berhampiran dengan Merlion dan Jambatan Jubilee di sepanjang Fullerton Road dan Collyer Quay.



Polis berkata barangan seperti suar dan dron serta peranti pelaung suara seperti 'loud hailer', tidak dibenarkan di kawasan tersebut.



Mereka yang didapati dengan barang larangan boleh ditangkap dan, jika didapati bersalah, didenda sehingga $20,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.



Barangan itu juga akan dirampas.



Kenyataan itu berkata:



"Polis akan mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan atau menghalau orang dari Kawasan Acara Khas, jika perlu."



Membawa atau menerbangkan sebarang pesawat tanpa pemandu, termasuk dron, ke kawasan acara khas tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan.



Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga $20,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.



Pesawat tanpa pemandu itu juga akan dirampas.



Di dalam zon istimewa, polis akan menjalankan pemeriksaan dan saringan keselamatan terhadap semua orang dan kenderaan yang memasuki atau berada di dalam zon.



"Polis juga akan mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan atau menghalau seseorang dari Zon Khas, jika perlu," menurut pihak polis.



Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pegawai polis pada NDP tahun ini, tambahnya.



Kenyataan itu berkata:



"Orang yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan sekuriti dalam Kawasan Acara Khas dan Zon Khas akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang."




"Polis akan mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan atau menghalau orang dari Kawasan Acara Khas, jika perlu."

"... orang yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan sekuriti dalam Kawasan Acara Khas dan Zon Khas akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang."

- Kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >