Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Langkah ketat lindungi data TraceTogether walau polis boleh peroleh bagi siasatan jenayah

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



DATA TraceTogether boleh diperolehi Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi siasatan jenayah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, di Parlimen semalam.



Menjawab soalan Encik Christopher De Souza (GRC Holland-Bukit Timah) apakah data TraceTogether akan digunakan bagi siasatan jenayah dan apakah peruntukkan dan perlindungan undang-undang dalam menggunakan data sedemikian, Encik Tan berkata SPF diberi kuasa di bawah Kanun Prosedur Jenayah untuk memperolehi sebarang data, termasuk data TraceTogether, bagi siasatan jenayah.



Beliau berkata pemerintah penjaga data TraceTogether yang diberi oleh individu, dan langkah-langkah ketat dilaksana bagi melindungi data peribadi itu.



"Contoh langkah-langkah ini termasuk hanya membenarkan pegawai yang dibenarkan mengakses data, menggunakan data sedemikian bagi tujuan yang dibenarkan sahaja, dan menyimpan data pada platform data selamat," kata beliau.



Di bawah Akta Sektor Awam (Tadbir Urus), pegawai awam yang cuai atau sengaja mendedahkan data tanpa kebenaran atau menyalahgunakan data boleh dikenakan hukuman denda hingga $5,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya.



Secara berasingan, Menteri Pendidikan Lawrence Wong dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam berkata program TraceTogether dan SafeEntry akan terus kekal sebagai bahagian penting dalam operasi penjejakan kontak negara ini.



Beliau berkata pemerintah telah membelanjakan sekitar $10 juta sejauh ini untuk membangunkan dua aplikasi itu.



"Hasilnya ketara - TraceTogether telah menghentikan penularan virus dalam banyak kejadian, dan telah membantu menyelamatkan banyak nyawa. Oleh itu, saya tidak ragu-ragu tentang keberkesanan kos program ini," katanya.



Lebih 4.2 juta, atau sekitar 78 peratus, penduduk Singapura kini menyertai program TraceTogether, tetapi tidak semuanya menggunakan token TraceTogether.



Encik Wong berkata sekitar dua juta individu menggunakan aplikasi TraceTogether di telefon bimbit mereka.



Namun, beliau berkata pemerintah sedar ada orang mahu menggunakan token itu dan disebabkan itu, ia diagihkan di semua kelab masyarakat.



Encik Wong menambah bahawa pihaknya pada mulanya tidak menjangka permintaan tinggi bagi token itu.



Menjelaskan sebab kelewatan pengagihan token itu, beliau berkata berlaku penangguhan dalam jadual pembuatan pada pihak pembekal dan oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan pengagihan token tersebut ke semua kelab masyarakat.



Namun, mereka terus membangunkan inventori token itu dan tidak lama lagi akan dapat menyambung pengagihan di kelab masyarakat yang pengagihannya kini ditutup.



Token itu juga akan diagih kepada pelajar sekolah yang belum mengambilnya, kata beliau.



"Selepas semua yang memerlukan token berpeluang mendapatkannya, kami akan melaksanakan syarat menggunakan hanya TraceTogether di tempat SafeEntry - sama ada menggunakan aplikasi atau tokennya.



"Kami akan memberi maklumat lanjut tentang perkara ini apabila butiran dan garis masanya lebih jelas, dan akan memberi notis awal mencukupi kepada semua perniagaan terjejas, supaya mereka boleh bersiap sedia," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >