Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah kuat kuasa ketat berkesan cegah guna produk tembakau alternatif

Harga rokok naik: Sebilangan pakar, pemain industri prihatin ada perokok cari sumber alternatif terlarang
Mar 06, 2023 | 05:30 AM



DENGAN kenaikan harga rokok berikutan kenaikan cukai tembakau di sini, timbul keprihatinan para perokok mungkin mencari alternatif lain yang lebih murah agar dapat memuaskan ketagihan mereka pada nikotin.



Ini termasuk produk seperti rokok kontraban, iaitu rokok yang dilarang diimport ke sini atau yang cukainya tidak dibayar, ataupun rokok elektronik (e-rokok).



Demikian menurut beberapa pembekal, peruncit dan karyawan industri rokok ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Namun, untuk mengatasi keadaan sedemikian daripada berlaku, pihak berkuasa sudah mula meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap produk tembakau alternatif.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, menekankan pemerintah akan mengambil pendekatan pelbagai serampang untuk menangani isu vape termasuk langkah penguatkuasaan dan pendidikan.



Selain usaha mencegah kemasukan rokok haram dan vape, pemerintah sedang bekerjasama merintis penguatkuasaan silang antara agensi untuk bertindak terhadap kesalahan vape.



Sebuah kempen digital untuk meningkatkan kesedaran tentang larangan vape dan kesan negatifnya terhadap kesihatan, serta cara ia boleh membawa kepada ketagihan nikotin, juga telah dilancarkan.



"Kami juga akan terus meningkatkan strategi kami menangani isu vape, termasuk mengkaji semula penalti yang digubal, meningkatkan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan," tegas Cik Rahayu, semasa berucap di Parlimen pada Jumaat lalu.



Sehubungan dengan itu, para pakar memberitahu BH, bahawa langkah pemantauan dan penguatkuasaan ketat oleh pihak berkuasa di Singapura adalah satu pencegahan yang berkesan dalam mengatasi masalah penggunaan produk tembakau alternatif.



Sementara itu, tinjauan akhbar ini mendapati kebanyakan peruncit sudahpun menaikkan harga rokok berikutan pengumuman pemerintah tentang kenaikan cukai produk tembakau sebanyak 15 peratus semasa Belanjawan 2023 pada 14 Februari lalu.



Sekotak rokok kini dijual pada harga sekitar $16 di pasaran, kenaikan sehingga $2.



"Terdapat permintaan berterusan untuk alternatif yang lebih murah kepada rokok dengan kenaikan cukai baru-baru ini bulan lepas.



"Jika anda membandingkan harga yang perlu dibayar oleh perokok sekarang untuk sekotak rokok di kedai dengan rokok haram yang hanya berharga sekitar $6 hingga $7, terdapat perbezaan harga hampir $10.



"Jadi, tidak hairanlah permintaan untuk rokok lebih murah ini akan sentiasa ada," kata seorang perunding pasaran yang meminta nama dan latarnya tidak didedahkan.



Bagi mengelak membayar cukai lebih tinggi untuk mendapatkan sekotak rokok, pemain industri berkata terdapat beberapa perokok yang telah beralih kepada alternatif lebih murah.



Trend menggunakan e-rokok atau vape kini meningkat, meskipun ia dilarang.



Bilangan mereka yang ditangkap akibat vaping atau e-rokok terus meningkat tahun lalu berdasarkan angka terkini Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Seramai 4,916 orang telah ditangkap atas kesalahan itu, yang dikenakan denda tidak melebihi $2,000. Ini berbanding 1,266 pada 2020 dan 4,697 pada 2021.



"Perokok boleh mendapatkan vape dengan mudah di negara-negara jiran seperti di Malaysia dan Indonesia," kata Encik Kenneth Lee, pengerusi Persatuan Peniaga Kopi dan pemilik Bar Kheng Keow.



Menurut Encik Lee, trend menggunakan vape, serta kenaikan cukai produk tembakau, telah menjejas perniagaan rokok di sini.



"Ia benar-benar memberi impak kepada peruncit, terutama ahli kami, kerana keuntungan mereka juga bergantung pada jualan rokok.



"Kami telah melihat kemerosotan ketara sekitar 20 peratus hingga 30 peratus dalam beberapa minggu pertama sejak kenaikan cukai dilaksanakan," tambahnya.



Encik Lee, seperti kebanyakan peruncit lain, telah menjangkakan kenaikan cukai akan berlaku tahun ini.



Beliau akur ini perlu dilakukan sedang pemerintah meningkatkan usaha untuk mencegah orang ramai daripada merokok.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >