Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMPERBAIKI KEHIDUPAN PEKERJA BERGAJI RENDAH

Langkah lanjut bagi naikkan pendapatan pekerja bergaji rendah

PM Lee: Usaha dijalankan melalui Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja, dengan perbelanjaan dinaikkan kepada $1.1b
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengambil langkah lanjut untuk meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah melalui Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja, yang memberi manfaat kepada hampir 500,000 pekerja.



Pemerintah akan menambahkan perbelanjaannya kepada $1.1 bilion dalam masa dua tahun bagi usaha itu, bertambah daripada $850 juta setahun, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaannya semalam.



Peningkatan itu bukan akan meningkatkan jumlah bayaran kepada semua penerima di bawah skim itu sahaja, malah merendahkan usia layak daripada 35 kepada 30 tahun.



"Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja pada dasarnya adalah cukai pendapatan negatif.



"Daripada mengenakan cukai ke atas pendapatan pekerja bergaji rendah, pemerintah menokok gaji mereka secara tunai dan melalui sumbangan CPF (Tabung Simpanan Pekerja) dan hampir separuh juta pekerja meraih manfaat," kata Encik Lee.



Satu lagi langkah untuk membantu pekerja bergaji rendah itu ialah menerusi tiga cara.



Ini termasuk melanjutkan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor - runcit, khidmat makanan dan pengurusan sisa - dan pekerjaan tertentu dalam semua sektor.



Model itu, yang membantu mempertingkat gaji pekerja bergaji rendah menerusi peningkatan kemahiran dan produktiviti, kini dilaksanakan dalam sektor pembersihan, keselamatan, landskap dan penyenggaraan lif.



Selain itu, syarikat yang menggajikan pekerja asing akan perlu membayar Gaji Kelayakan Setempat kepada semua pekerja tempatan mereka.



Pemerintah juga akan mengiktiraf syarikat yang membayar gaji progresif kepada semua pekerja mereka dengan Tanda Gaji Progresif.



Tiga strategi itu adalah saranan yang dibuat oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak yang mengkaji cara mempertingkat pekerja bergaji rendah dan dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Lee berkata semasa pandemik Covid-19 ini, ramai pekerja bergaji rendah bertugas di barisan depan dan rakyat Singapura dapat melihat kepentingan pekerjaan seperti pembersihan, penghantaran makanan dan keselamatan, yang membuat orang ramai menghormati dan menghargai pekerja tersebut.



Meskipun pekerja bergaji rendah dan keluarga mereka menerima sokongan besar daripada pemerintah, mereka berasa lebih tertekan berbanding segmen pekerja lain, terutamanya semasa pandemik ini.



Dari segi perumahan, pekerja bergaji rendah menerima bantuan menerusi subsidi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan flat sewa.



Mereka juga mendapat sokongan bagi keperluan penjagaan kesihatan seperti melalui subsidi hospital, Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) dan Medifund.



Bagi persaraan pula, mereka menerima tokokan CPF dan Skim Ihsan Senja.



Anak-anak mereka juga dibantu bagi melakukan yang terbaik di sekolah dan seterusnya melalui usaha besar untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah.



Namun, pekerja bergaji rendah berasa lebih tertekan daripada pekerja lain.



"Pekerjaan mereka kurang jaminan. Mereka lebih kemungkinan diberhentikan kerja. Mereka mempunyai kurang simpanan untuk mengharungi masa sukar.



"Dalam pandemik ini, keadaan mereka tidak menentu. Itu sebabnya dalam setiap Pakej Belanjawan Covid-19, kami merangkumkan bantuan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah," kata Encik Lee.



Namun, Encik Lee berkata golongan itu memerlukan sokongan jangka panjang di luar bantuan kecemasan.



"Di banyak negara, pendapatan pekerja sedemikian tidak berkembang. Namun, di Singapura, kehidupan pekerja bergaji rendah telah bertambah baik sedang negara maju.



"Ini kerana pemerintah membantu mereka mempertingkat kemahiran, menggunakan mesin dan teknologi, dan menjadi lebih produktif.



"Kita juga mempunyai dasar tertentu untuk meningkatkan pendapatan mereka," kata beliau.




CARA MASYARAKAT  DAPAT SOKONG  PEKERJA  BERGAJI  RENDAH



“Oleh itu, kita semua,  sebagai pengguna,  perlu memainkan  peranan. Bayar lebih  sedikit bagi beberapa  barang kegemaran  kita, seperti bubble  tea atau bak chor  mee, untuk  membantu kedai  menampung kos  pembersihan dan  pengumpulan sampah  yang lebih tinggi.  Saya gembira ramai  rakyat Singapura  bersedia menyokong  pekerja bergaji  rendah begini. Ia  tidak setakat  membolehkan  pekerja mengekalkan  pekerjaan mereka  pada gaji lebih tinggi.  Ia juga akan  menunjukkan  bahawa sebagai  sebuah masyarakat,  kita menghargai kerja  dan sumbangan  mereka, dan mereka  sebahagian daripada  kita.”
– Perdana Menteri Lee  Hsien Loong, mengenai  peranan yang boleh  dimainkan masyarakat bagi  menyokong pekerja bergaji  rendah.




MODEL GAJI PROGRESIF (PWM) AKAN DIBERI KEPADA LEBIH RAMAI PEKERJA, DENGAN CARA YANG MERENTAS SEKTOR.



  • Tanda Gaji Progresif akan diberi kepada semua syarikat yang membayar gaji progresif.

  • Majikan menggajikan pekerja asing harus membayar Gaji Kelayakan Setempat $1,400 kepada semua pekerja Singapura.

  • Bersama PWM, lapan 10 pekerja bergaji lebih rendah tempat dijangka meraih manfaat.

PERUNTUKAN SKIM TAMBAHAN PENDAPATAN DAYA KERJA (WORKFARE) DITAMBAH DARIPADA $850 JUTA KEPADA $1.1 BILION SETAHUN DALAM MASA DUA TAHUN.



  • Menambah bayaran bagi semua penerima

  • Membantu lebih ramai pekerja, termasuk yang lebih muda (syarat usia direndahkan daripada 35 kepada 30 tahun).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >