Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah lebih ketat bagi pejalan dari New Zealand; kelonggaran bagi mereka dari Jiangsu China

Aug 28, 2021 | 02:29 PM



SINGAPURA akan memperketat langkah kawalan sempadan bagi mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke New Zealand memandangkan kes Covid-19 yang meningkat di negara itu.



Mulai 11.59 malam 30 Ogos, warga Singapura, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang dengan sejarah perjalanan ke New Zealand dalam tempoh 21 hari sebelum berangkat ke Singapura perlu melalui notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari di tempat tinggal mereka,



Mereka juga perlu mengambil ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 setibanya di negara ini, dan di akhir tempoh SHN mereka, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (28 Ogos). 



Pelawat jangka pendek di bawah Pas Perjalanan Udara (ATP) dengan sejarah perjalanan ke New Zealand, dalam tempoh 21 hari sebelum berangkat ke Singapura, tidak akan dibenarkan memasuki Singapura.



Sementara itu, langkah kawalan sempadan bagi pejalan dari wilayah Jiangsu, China pula akan dilonggarkan setelah situasi yang bertambah baik di wilayah itu, kata MOH lagi.



MOH sebelum ini mengumumkan bahawa pejalan dari Jiangsu perlu menjalani ujian PCR, SHN tujuh hari di tempat tinggal mereka, dan ujian PCR di akhir SHN itu.



Bermula 11.59 malam 30 Ogos ini, pejalan yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalan ke Jiangsu dalam tempoh 21 hari sebelum berangkat ke Singapura, akan dibenarkan untuk meneruskan kegiatan mereka jika mereka diuji negatif melalui PCR apabila tiba di Singapura.



Mereka tidak lagi perlu menjalani SHN tujuh hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >