Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah lebih ketat bagi rentas sempadan S'pura-M'sia semasa Covid-19

Aug 01, 2020 | 08:58 PM



PERMOHONAN untuk merentas sempadan antara Singapura dan Malaysia bagi pemegang pas kerja jangka panjang, urus niaga penting dan bagi urusan rasmi akan bermula 10 Ogos. 



Namun, langkah berjaga-jaga yang lebih ketat bakal dikuatkuasakan sebelum, semasa dan selepas kunjungan mereka. 



Contohnya, semua yang ingin merentas sempadan perlu dokumentasi- yang dimohon oleh syarikat atau agensi mereka- untuk menunjukkan pihak berkuasa negara yang dikunjungi bahawa mereka mengesahkan kunjungan itu. 



Sejurus tiba, mereka perlu diuji untuk Covid-19. 



Mereka yang memasuki salah satu dari kededua negara itu untuk jangka masa yang pendek sehingga 14 hari juga perlu mematuhi jadual yang dikawal semasa tempoh kunjungan, dan memuat turun aplikasi jejak kontak yang diperlukan pihak berkuasa. 



Pengunjung jangka pendek itu jugak tidak akan dibenarkan menaiki pengangkutan awam sepanjang tempoh mereka di negara itu, melainkan kereta swasta, teksi atau pengangkutan syarikat. 



Pemegang pas kerja yang memasuki Singapura di bawah skim yang memerlukan mereka untuk berada di sini selama sekurang-kurangnya 90 hari perlu menjalani arahan jangan keluar rumah (SHN). 



Namun, tempoh jangan keluar rumah itu telah dipendekkan dari tempoh 14 hari kepada sekurang-kurangnya tujuh hari. 

Butiran mengenai syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan untuk keluar masuk Malaysia dan Singapura didedahkan dalam laman Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (Sabtu, 1 Ogos).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >