Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Langkah lebih ketat diperlukan demi keselamatan orang ramai

Jan 23, 2021 | 07:10 PM



KES dalam masyarakat baru-baru ini mengingatkan orang ramai bahawa perjuangan menentang Covid-19 masih belum berakhir, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (23 Jan).



Oleh itu, dengan Tahun Baru Cina (CNY) yang akan datang, pemerintah telah memutuskan untuk melaksanakan langkah lebih ketat demi menjaga keselamatan orang ramai, katanya.


"Langkah lebih ketat sudah tentu akan mengecewakan kita semua yang menantikan untuk menyambut CNY. Tetapi kita harus secara psikologi mempersiapkan diri untuk meraikan CNY secara berbeza tahun ini. Lihat saja negara-negara yang dekat dan jauh mengalami lonjakan kes yang berulang, dan anda akan lihat mengapa kita perlu terus berwaspada," kata Encik Lee.


Antara langkah lebih ketat itu ialah, mulai Selasa, setiap isi rumah hanya boleh menerima lapan pengunjung sehari.


Encik Lee juga berkata sudah genap satu tahun sejak kes Covid-19 pertama disahkan di SIngapura.


"Tahun telah berlalu dengan cepat, sedang kita semua berjuang untuk mengatasi kekacauan dan gangguan yang tidak pernah terjadi sebelum ini ke atas kehidupan kita.


"Melalui usaha dan pengorbanan yang luar biasa, kita dapat mencapai keadaan yang stabil.


Program vaksinasi kita sedang dijalankan, dengan warga emas mulai menerima suntikan mereka minggu depan.


"Marilah kita terus melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi dengan mematuhi semua langkah," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >