Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah MOH henti kenyataan harian Covid-19 buat media: Pakar kesihatan dan penyakit berjangkit persetujui dalam S'pura beralih ke fasa endemik

Dec 07, 2021 | 10:13 PM



LANGKAH Kementerian Kesihatan (MOH) menghentikan kebiasaan mengeluarkan kenyataan terkini Covid-19 secara harian kepada media mulai Selasa (7 Disember) adalah sesuatu yang dipersetujui pakar kesihatan dan penyakit berjangkit.



Beberapa pakar yang dihubungi akhbar The Straits Times berkata maklumat yang disediakan setiap hari tidak banyak ertinya pada peringkat ini sewaktu pandemik, ketika Singapura sedang beralih ke arah menganggapnya sebagai endemik.



Maklumat termasuk angka jangkitan baru, kematian dan kadar penggunaan katil Unit Jagaan Rapi (ICU), bagaimanapun, masih boleh diperolehi di laman MOH.



Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura, Profesor Teo Yik Ying, berkata angka jangkitan masyarakat turun naik bergantung pada sama ada individu yang terjejas ingin mendapatkan jagaan perubatan atau tidak.



Beliau menjelaskan, melihat pada banyak perkara yang tidak diketahui dari segi perangkaan angka jangkitan harian yang menampakkan tanda jangkitan ataupun tidak, memberi takrifan mengenai angka jangkitan ini sukar dan pada peringkat ini, tiada guna juga.



Menurutnya lagi, tidak perlu melaporkan kes kematian secara harian kerana ia bukan dilakukan buat kondisi kesihatan lain.



Ia dirasakan berasas sebagai respons pandemik ketika tiada unsur perlindungan sebenar yang diamalkan, tambahnya.



"Namun, buat masa ini, kami mempunyai vaksin yang berkesan dan merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan serta mengambil kira negara ini menuju dari reaksi pandemik kepada respons endemik," jelasnya.



Profesor Teo menyarankan agar laporan mingguan atau bulanan mungkin memadai dalam tempoh peralihan ini. 



"Namun selepas ini, saya fikir kita tidak perlu melaporkannya malahan secara bulanan," tambahnya.



Rakan setugasnya, Profesor Madya Alex Cook, Naib Dekan Kajian di sekolah itu bersetuju laporan mingguan akan dapat membolehkan pandangan situasi epidemik ini dibuat secara lebih baik dan lebih menyeluruh.



"Ini adalah kekerapan yang sejajar dengan maklumat mingguan yang MOH beri mengenai penyakit berjangkit lain," tambahnya.



Profesor Madya Hsu Li Yang, pakar penyakit berjangkit di sekolah itu pula berasakan laporan mingguan malahan tidak diperlukan, tanpa mengambil kira perubahan besar seperti varian Covid-19 baru Omicron wujud dan selanjutnya akan ada keinginan menjejak penularannya dalam kalangan yang sudah lengkap divaksin atau yang sudah dijangkiti koronavirus sebelum ini.



Golongan pakar ini juga melihat keputusan MOH ini sebagai satu isyarat.



Kata Profesor Teo: "Dengan beralih daripada mengeluarkan laporan harian, MOH dengan jelas memberi isyarat bahawa Singapura sedang bergerak ke arah fasa peralihan selanjutnya dari respons pandemik ke endemik."



Profesor Cook menambah: "Saya menjangkakan MOH akan menggalak wartawan untuk mengurangkan membuat liputan tentang pandemik sehinggakan ia melebihi liputan perkara lain termasuk perihal kesihatan awam yang penting."



Namun, Profesor Cook menambah sejurus Omicron mula menular di sini, keadaannya mungkin akan berubah dan laporan terperinci mungkin lebih berguna.



Kata Profesor Teo lagi: "MOH harus terus menjejak punca kematian dan memandang ke depan, pendaftar kematian akan mempunyai butiran tambahan tetap iaitu Covid-19 sebagai kemungkinan satu punca kematian." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >