SEJAK pelaksanaan langkah 'Pemutus Litar' berlangsung, orang ramai menyaksikan kesemua kerusi meja dan taman permainan di tempat-tempat awam telah ditutup atau diletakkan pita merentanginya, dengan sebahagian pula diletakkan pelekat menasihat orang ramai untuk duduk di rumah.
Dalam satu catatannya, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap rakyat prihatin dan sama-sama memikul tanggungjawab dengan mematuhi arahan pemerintah untuk duduk di rumah, memakai pelitup apabila keluar rumah dan menjaga kebersihan diri.