KORONAVIRUS
Langkah pencegahan ditingkat apabila sekolah dibuka Isnin
Mar 20, 2020 | 05:30 AM
MESKIPUN kes baru Covid-19 di Singapura mencatat jumlah tertingginya kelmarin, dengan 47 kes, sekolah dan tadika akan tetap dibuka semula seperti yang dijadualkan, iaitu Isnin ini.
Bagaimanapun, beberapa langkah pencegahan yang dipertingkat akan diperkenal, ujar Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan semalam.