Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pendigitalan pihak Saudi permudah jemaah

Banyak berubah disebabkan Covid-19, namun pelbagai langkah keselamatan diperkenal demi keselamatan jemaah: Masagos semasa menggulung lawatan seminggu ke Saudi
Apr 02, 2022 | 06:19 AM



PERUBAHAN terhadap proses melakukan ibadah umrah, termasuk pendaftaran elektronik sebelum memasuki kawasan Raudhah telah memudahkan jemaah dan memastikan kelancaran ibadah mereka, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Menurutnya, langkah-langkah pendigitalan yang diambil pihak Arab Saudi serupa dengan usaha yang dilakukan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempahan solat Jumaat dan juga solat tarawih bagi Ramadan nanti.



Pihak berkuasa Arab Saudi juga kini berusaha untuk mempertingkat lagi pengalaman pengunjung melalui pendigitalan dan mengalu-alukan kerjasama antara dua pihak itu dalam masa akan datang dalam pelbagai aspek, kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook bagi menggulung lawatan rasminya ke Arab Saudi selama seminggu yang berakhir semalam.



Encik Masagos telah diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah dan menziarahi Masjid Nabawi di Madinah semasa kunjungannya itu.



Menurut beliau, oleh kerana Covid-19, banyak yang telah berubah dan pelbagai langkah keselamatan diperkenal demi memastikan kesihatan jemaah kekal terjaga.



Ini termasuk membuat tempahan pada waktu-waktu yang ditetapkan untuk memasuki kawasan Raudhah.



"Ia cukup mudah dan teratur. Jemaah tidak lagi terpaksa berasak-asak dan ada peluang yang cukup untuk beribadah di dalam kawasan Raudhah khususnya bagi jemaah wanita.



"Kita dapat berkongsi ruang yang terhad dan memberi peluang pada lebih ramai menikmati Raudhah. Ini adalah pengalaman terbaik di Raudhah yang pernah saya alami. Cukup tenang dan khusyuk," katanya.



Encik Masagos menambah Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, telah memberitahunya bahawa pihak Arab Saudi kini berusaha untuk meneruskan langkah-langkah pendigitalan bagi ibadah haji dan umrah yang diperkenal buat pertama kali sewaktu pandemik.



"Inilah juga yang dilakukan Muis demi memanfaatkan faedah yang kita raih daripada pendigitalan SOP masjid sewaktu Covid-19, misalnya bagi tempahan solat tarawih bagi Ramadan," ujarnya.



Sepanjang lawatannya itu, Encik Masagos berpeluang bertemu rakan-rakan sejawatannya bagi perbincangan dua hala dalam pelbagai bidang.



Beliau juga telah berkongsi usaha-usaha Singapura meraikan kaum wanita dan keluarga menerusi Tahun Meraikan Wanita Singapura tahun lalu dan Tahun Meraikan Keluarga tahun ini.



Tambahnya, kededua negara boleh saling memanfaatkan perkembangan dalam bidang-bidang ini.



Semasa kunjungan tersebut juga Encik Masagos berpeluang bertemu dengan pelajar Singapura yang meneruskan pengajian mereka di Arab Saudi.



"Saya mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan berharap untuk berkunjung lagi di masa akan datang.



"Semoga hasrat jemaah Singapura untuk mengerjakan haji tahun ini menjadi nyata," katanya.



Sebelum ini Encik Masagos telah menyampaikan harapan agar jemaah Singapura dapat menunaikan haji tahun ini ketika bertemu dengan Dr Tawfiq.



Ini selepas kerajaan Arab Saudi menggantung ibadah haji bagi jemaah antarabangsa sejak dua tahun lalu menyusuli pandemik Covid-19.




"Saya mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan berharap untuk berkunjung lagi di masa akan datang. Semoga hasrat jemaah Singapura untuk mengerjakan haji tahun ini menjadi nyata."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >