Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah penguatkuasaan akan diperketat di premis F&B

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



AGENSI pemerintah akan meningkatkan penguatkuasaan langkah pengurusan selamat (SMM) di premis kedai makanan dan minuman (F&B) apabila makan di restoran dan pusat makanan dibenarkan semula lusa, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Dalam satu kenyataan semalam, MSE juga berkata seramai 61 individu telah dikenakan denda pada hujung minggu lalu kerana melanggar SMM di taman dan pantai yang diuruskan Lembaga Taman Negara (NParks).



Mereka didenda kerana tidak memakai pelitup muka dan berkumpul dalam jumlah yang lebih besar daripada had dibenarkan.



Sebagai sebahagian daripada pembukaan bertahap di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat), orang ramai dibenarkan makan di luar di kedai F&B tetapi dihadkan seramai dua orang setiap kumpulan.



Pesalah kali pertama akan menghadapi denda $300. Pesalah berulang akan menghadapi denda lebih tinggi atau didakwa di mahkamah bagi kes yang lebih serius.



Pertubuhan F&B harus memastikan SMM dilaksanakan sebelum dan selepas 21 Jun, kata MSE.



Pengendali yang melanggar SMM, termasuk jarak selamat satu meter antara kumpulan akan menghadapi risiko penutupan kedai, walaupun untuk kesalahan pertama.



Pertubuhan yang menyediakan hiburan malam hanya boleh menjalankan operasi F&B. Kegiatan berkaitan kelab malam, bar disko dan ruang karaoke tetap dilarang.



Sekiranya SMM berkaitan kegiatan hiburan malam dilanggar, agensi berhak untuk menarik lesen Kedai Makanan, Hiburan Awam atau Lesen Minuman Keras secara kekal walaupun buat kesalahan kali pertama.



Pelanggan yang beratur atau sedang menunggu untuk pesanan makanan juga harus menjaga jarak sejauh satu meter dari pelanggan lain.



Semua kakitangan di pertubuhan F&B diingatkan agar sentiasa menggunakan pelitup muka.



Semua tempat mainan air, kemudahan riadah air, tempat perkhemahan dan barbeku di NParks akan tetap tutup.



NParks juga akan menutup beberapa taman buat sementara waktu, termasuk beberapa kawasan pantai, dan kemudahan seperti tempat letak kereta, tempat perlindungan, kerana ramai orang tidak mematuhi SMM di kawasan sedemikian.



Orang ramai dinasihatkan agar memeriksa portal jarak selamat (safedistparks.nparks.gov.sg) untuk maklumat terkini mengenai jumlah pengunjung sebelum menuju ke taman.



"Kami meminta agar semua pengunjung bersikap tanggungjawab secara sosial dan memerhatikan SMM seperti mematuhi had jumlah dalam kumpulan dan penggunaan pelitup muka supaya dapat memastikan keselamatan bagi semua.



"Kami berada di tahap genting dalam perjuangan mengekang penularan Covid-19, sementara meningkatkan program vaksinasi kami.



"Kami meminta kerjasama semua untuk terus kekal berwaspada dan bertanggungjawab," kata MSE dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >