Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07

Langkah pengurusan selamat akan dipertingkat di Little India jelang Deepavali

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Langkah pengurusan selamat akan dipertingkat di Little India jelang Deepavali

Oct 19, 2021 | 05:30 AM

LANGKAH pengurusan selamat akan dipertingkatkan di Little India menjelang perayaan Deepavali untuk mengelakkan kesesakan, kata pihak berkuasa semalam.

Lintasan pejalan kaki yang popular di persimpangan Campbell Lane dan Serangoon Road akan dimatikan antara 6 petang hingga 1 pagi pada 29 hingga 31 Oktober, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ia juga akan dimatikan dari 6 petang pada malam Deepavali, 3 November, hingga 2 pagi keesokan hari.

Ini kerana lebih banyak pengunjung dijangka akan mengunjungi Little India menjelang perayaan Deepavali.

"Lalu lintas manusia akan diarahkan ke dua persimpangan lain di Sungei Road dan Dunlop Street.

"Ini untuk memastikan orang ramai tersebar di seluruh kawasan dan elak kesesakan pada masa sibuk," kata STB.

STB juga akan bekerjasama dengan golongan peniaga di Little India untuk memastikan mereka tidak meletak barangan mereka di kaki lima kerana ini akan menyempitkan tempat jalan dan menyebabkan kesesakan.

Beberapa perniagaan juga akan membuka kedai dengan jam operasi yang lebih lama supaya pelanggan dapat mengunjungi kedai pada masa yang berbeza.

Ini adalah tahun ke-2 perayaan utama agama Hindu diraikan semasa wabak Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3