Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pengurusan selamat bagi pengunjung ke hospital, rumah jagaan diteruskan sehingga 31 Ogos

Aug 02, 2022 | 05:57 PM



LANGKAH pengurusan selamat bagi semua pengunjung ke wad hospital dan rumah jagaan akan terus dikuatkuasa selama empat minggu sehingga 31 Ogos 2022.



Mengumumkan demikian semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, sementara bilangan kes Covid-19 harian telah berkurang minggu lalu, hospital-hospital di sini terus merawat bilangan pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 yang tinggi.



Rumah jagaan juga perlu menangani peningkatan dalam bilangan penduduknya yang dijangkiti koronavirus itu.



Oleh yang demikian, langkah pengurusan selamat pengunjung yang diselaraskan yang telah dilaksanakan sejak 7 Julai lalu akan kekal berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2022, kata MOH.



Setiap pesakit akan dibenarkan dua pengunjung yang berdaftar sepanjang tempoh rawatan mereka di hospital, dengan hanya satu pengunjung dibenarkan berada di sisi pesakit pada satu-satu masa.



Pesakit tenat boleh dikunjungi sehingga lima pengunjung berdaftar, dengan dua pengunjung berada di sisi pesakit pada satu-satu masa.



Tempoh lawatan juga dihadkan kepada 30 minit.



Namun, MOH berkata, bagi pesakit tenat, kanak-kanak, ibu yang baru melahirkan atau pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan, pengunjung dibenarkan melawat melebihi 30 minit, tertakluk pada kebenaran yang diberikan pihak hospital.



Pengunjung tidak boleh makan atau minum di wad hospital serta tidak dibenarkan menggunakan tandas pesakit.



Mereka juga diingatkan agar tidak duduk di katil pesakit.



Bagi penduduk di rumah jagaan pula, sehingga empat pengunjung berdaftar dibenarkan, dengan hanya satu pengunjung dibenarkan berada di sisi pesakit pada satu-satu masa.



Tempoh lawatan juga dihadkan kepada 30 minit.



Jika rumah jagaan itu sedang menguruskan kes-kes Covid-19 aktif, ia juga berhak menggantung lawatan orang luar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >