Langkah pengurusan selamat di sekolah dipertingkat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Langkah pengurusan selamat di sekolah dipertingkat

May 04, 2021 | 09:33 PM

LANGKAH pengurusan selamat (SMM) di sekolah dan institut pengajian tinggi akan dipertingkat dari 8 hingga 30 Mei untuk mengurangkan pergaulan pelajar dan kegiatan luar.

Ini termasuk susunan tempat duduk berjarak dalam bilik darjah dan mengurangkan saiz kumpulan bagi semua kegiatan daripada lapan ke lima orang.

Bilangan pelajar bagi semua kegiatan termasuk kuliah dikurangkan ke paling banyak 50 orang, dan kegiatan yang dijalankan di ruang awam, seperti perjalanan pembelajaran juga digantung.

Demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataannya pada Selasa (4 Mei).
"Langkah-langkah itu dilaksanakan sebagai tambahan kepada  SMM sedia ada iaitu jarak selamat, pemeriksaan dan kebersihan di institut pendidikan kami," kata MOE.

Kementerian itu berkata kegiatan berasaskan sekolah seperti Kegiatan Ko-Kurikular (CCA) dan aturan penjagaan selepas sekolah akan diteruskan.

Discover Malay Home Based Businesses

Penilaian pertengahan tahun di sekolah serta peperiksaan Bahasa Ibunda pertengahan tahun bagi GCE Peringkat 'O' dan 'A' akan diteruskan.

Tetapi semua kegiatan luar seperti CCA di luar sekolah akan digantung dalam tempoh ini.

Pertandingan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG)  yang berlangsung kini juga akan digantung.

MOE berkata permohonan bagi Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) 2021 akan dibuka mulai 5 Mei dan proses pemilihan akan dijalankan secara elektronik.

Pemilihan Latihan Kemasukan Awal (EAE)  ITE dan politeknik juga dijalankan secara elektronik dan antara lain akan mengadakan temu duga dalam talian atau penyerahan portfolio melalui e-mel.

Institut pengajian tinggi pula akan memastikan saiz kuliah dan kelas tidak melebihi 50 orang dan kelas lebih besar dijalankan dalam talian.

Upacara tamat pengajian politeknik akan dialihkan ke dalam talian mulai 8 Mei.

MOE juga berkata pendaftaran SafeEntry menggunakan TraceTogether sahaja akan dilaksanakan di sekolah dan institusi mulai 17 Mei, sejajar dengan pelancaran negara.

Kementerian itu mengingatkan pelajar agar membawa token atau aplikasi TraceTogether mereka sepanjang hari di sekolah bagi memudahkan penjejakan kontak tepat.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map