Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pengurusan selamat F&B dikekal

Aug 25, 2022 | 06:32 AM



SEDANG peraturan memakai pelitup akan dilonggarkan mulai 29 Ogos ini, langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) akan kekal bagi tempat makan dan minum (F&B).



Ini bermakna hanya para individu yang telah divaksinasi sepenuhnya akan dapat menjamu selera di tempat seperti restoran, kedai kopi dan pusat penjaja, serta menghadiri acara yang mempunyai lebih daripada 500 peserta pada satu-satu masa atau di tempat hiburan malam yang menyediakan dansa sebagai kegiatannya.



Ini didedahkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) di sidang media semalam.



Ini memandangkan Singapura kini dalam keadaan lebih berdaya tahan terhadap Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama MTF.



"Pada masa ini pemeriksaan VDS hanya diwajibkan bagi acara besar melebihi 500 orang atau semasa makan di tempat makanan dan minuman (F&B). Tapi tiada lagi pemeriksaan ke atas pelanggan dilakukan.



"Tanggungjawab terletak pada bahu individu itu sendiri dan hanya pemeriksaan rambang yang akan dilakukan bagi memastikan mereka yang divaksinasi sepenuhnya makan di F&B.



"Buat masa ini tiada perubahan kepada pendekatan ini kerana vaksinasi merupakan pencegahan terbaik terhadap sakit teruk akibat Covid-19," katanya.



Sementara itu, memandangkan situasi di hospital dan rumah jagaan penghuni bertambah baik, langkah bagi pelawat ke hospital dan rumah jagaan penghuni akan dilonggarkan mulai 1 September ini.



Awal sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan lanjutan SMM di semua wad hospital dan rumah jagaan penghuni sehingga akhir Ogos ini.



"Kami mohon kerjasama berterusan orang ramai untuk mematuhi SMM yang disemak semula," kata Encik Wong lagi.



Antaranya dua pelawat dibenarkan bagi setiap pesakit di hospital dan dua pelawat juga dibenar melawat setiap penghuni di rumah jagaan.



Namun pelawat perlu mematuhi masa lawatan hospital sementara sejam bagi setiap lawatan ke rumah jagaan.



Dalam sidang itu juga, MTF menyatakan pemakaian pelitup merupakan kaedah berkesan bagi masyarakat mengurangkan risiko transmisi penyakit.



Meskipun negara ini dalam keadaan pandemik di mana pemakaian pelitup dalam kebanyakan sekitaran bukan lagi mandatori, orang ramai digalak untuk terus mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berjaga-jaga, seperti memakai pelitup semasa di tempat orang ramai, atau semasa melawat atau berinteraksi dengan golongan rentan.



"Para pakar telah menasihatkan agar warga senja dan dengan daya ketahanan tubuh yang rendah patut pakai pelitup di kawasan sesak.



"Ini bagi mengurangkan risiko terkena sebarang jangkitan pernafasan," tambah Encik Wong.



Sidang media semalam turut disertai Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak.



Encik Wong mengingatkan bahawa dengan pelonggaran SMM, adalah penting untuk semua orang mengamalkan sikap bertanggungjawab peribadi dan sosial.



"Para individu yang tidak sihat patut terus kekal di rumah dan elak daripada keluar.



"Sekiranya mereka rasa tidak sihat semasa di luar atau di tempat kerja, mereka patut pulang segera untuk berehat atau berjumpa doktor.



"Mereka yang berhubung rapat dengan kes jangkitan patut ambil Ujian Pantas Antigen (ART) dan pastikan mereka negatif sebelum keluar sepanjang lima hari berikutnya," nasihat Encik Wong lagi.




''(Orang ramai) tidak perlu lagi memakai pelitup di kebanyakan tempat tertutup mulai 29 Ogos, namun mereka yang berurusan dengan makanan perlu terus memakai pelitup... semasa menyediakan makanan. Ini bagi tujuan kebersihan untuk mengelak pencemaran makanan semasa proses berurusan dengan makanan itu. Beberapa bulan lalu, kami mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan persatuan kedai kopi, pusat penjaja dan pengilang makanan... dan saya gembira mereka menyokong dan memahami perlunya individu yang berurusan dengan makanan terus memakai pelitup. Saya melawat Pusat Penjaja Margaret Drive (semalam) dan mengingatkan penjaja untuk memakai pelitup semasa berurusan dengan makanan. Mereka sedar dan memahami pentingnya keperluan ini demi kebersihan dan keselamatan makanan.''
- Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >