LANGKAH pengurusan selamat (SMM) Singapura tidak perlu diperketat buat masa ini tetapi penyesuaian akan dibuat jika diperlukan, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, semalam, sedang bilangan kes Covid-19 di sini terus meningkat.
Peningkatan itu rata-rata disebabkan oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5, yang walaupun lebih mudah dijangkiti, tidak lebih teruk berbanding subvarian Omicron sebelum ini, katanya.