Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah perketat sempadan S'pura-India: Sokongan diberi kepada firma terjejas dengan aliran tenaga kerja

Apr 22, 2021 | 09:12 PM



MENTERI Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, akur langkah memperketat sempadan Singapura dengan India yang baru diperkenalkan demi keselamatan bersama, akan membawa impak pada tenaga kerja dalam sektor binaan, kelautan dan proses.



Namun, beliau memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), pemaju swasta dan syarikat binaan bagi meninjau bagaimana projek rumah, pejabat dan ruang komersial ini boleh dikembalikan secara selamat pada landasannya.



Encik Lee mencatat pengamatannya mengenai isu ini di Facebook pada Khamis (22 April).



Menurutnya, langkah yang diambil pemerintah bagi melarang kedatangan pemegang pas lawatan jangka panjang dan pengunjung jangka pendek dari India adalah satu keperluan bagi mengurangkan risiko satu lagi gelombang jangkitan berlaku di dormitori di samping melindungi pekerja dan juga masyarakat awam.



"Dengan aliran pekerja terjejas, kemajuan projek binaan mungkin menjadi perlahan dengan firma di sini juga mungkin berdepan dengan cabaran memenuhi batas waktu yang ditetapkan. Kami tahu ini akan membawa impak bagi sektor-sektor ini dengan kami akan mengumumkan langkah sokongan.



"Kami akan bekerjasama dengan persatuan perdagangan di dalam sektor Sekitaran Terbina bagi menyokong firma di sini mengharungi tempoh getir ini serta membantu mereka dalam proses transformasi.



"Bagi pembeli hartanah pula, mereka juga akan prihatin dengan kemungkinan rumah baru, pejabat baru atau ruang komersial mereka tertunda lagi. Kami akan bekerjasama dengan HDB, pemaju swasta dan syarikat binaan bagi meninjau bagaimana projek ini boleh dikembalikan secara selamat pada landasannya," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >