Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah permudah badan amal cari dana sambil lindungi penderma

Edwin Tong: Syarat mohon permit sebelum kumpul dana mungkin ditiadakan
Sep 09, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memudahkan badan amal mengumpul dana secara terbuka dan mungkin menghapuskan syarat bagi badan amal memohon permit sebelum mengadakan pengumpulan dana mereka.



"Kami akan memudahkan badan amal yang berdaftar dan dikecualikan mengumpul dana melalui kempen dari rumah ke rumah dan jalanan, sambil menjadikan ia lebih selamat bagi penderma," umum Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Persidangan Tadbir Urus Amal semalam.



Beliau tidak menyatakan permit yang dimaksudkan tetapi berkata Pesuruhjaya Badan Amal (COC) telah berunding dengan orang ramai tentang "cara memperbaiki keadaan ini".



COC menyasarkan semakan peraturan itu tahun depan.



Di bawah rangka kerja yang disemak ini, badan amal berdaftar dan dikecualikan serta pemegang permit mengumpul dana bagi tujuan amal asing hanya perlu mendedahkan kempen mengumpul dana mereka di Portal Amal, laman web COC, sebelum mereka mengumpul dana secara terbuka.



COC berkata dalam kenyataannya ia akan memberi butiran lanjut menjelang akhir tahun ini.



Akta Kutipan Rumah ke Rumah dan Jalan diperkenal pada 1947 bagi mengawal selia permintaan derma di jalan atau pergi dari rumah ke rumah.



Pada masa sama, lebih banyak syarat pendedahan akan dikenakan ke atas badan amal bagi memastikan penderma boleh menyemak kesahihan pengumpul dana dengan mudah di Portal Amal.



Kenyataan itu menambah: "Tindakan penguatkuasaan, jika perlu, boleh diambil terhadap rayuan kumpul derma tidak wajar, kegagalan mematuhi syarat pendedahan baru dan/atau memberi butiran tidak tepat dengan sengaja."



Pada persidangan itu, Encik Tong juga mengumumkan COC akan melancarkan Alat Pengurangan Risiko Pembiayaan Pengganas untuk membantu badan amal mengenal pasti risiko pembiayaan pengganasan dan mengurangkannya, antara lain. Kit alat itu dijangka tersedia menjelang akhir tahun ini.



"Dengan aliran dana rentas sempadan lebih besar, badan amal boleh terdedah kepada pembiayaan pengganas dan risiko pengubahan wang haram," kata Encik Tong.



Walaupun pada masa ini tiada risiko yang diketahui, beliau berkata Singapura tidak boleh leka.



Encik Tong berkata pertubuhan tidak mengambil untung, termasuk badan amal, dikenal pasti berada pada risiko sederhana hingga rendah bagi penyalahgunaan pembiayaan pengganas, menurut Penilaian Risiko Nasional Pembiayaan Pengganas Singapura yang diterbitkan pada 2020.



Beliau menambah: "Adalah penting kita sedar mengenai risiko potensi penyalahgunaan, kekal berwaspada dan melindungi badan amal kita daripada penyalahgunaan tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >