Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Langkah Reach pergiat usaha dekati belia raih hasil

Pelantikan 15 wakil pelajar dalam panel penyeliaannya bantu antara lain, libatkan belia kongsi keprihatinan
Dec 23, 2021 | 05:30 AM



Sepanjang 36 tahun sejak ia ditubuhkan, Reach telah berkembang dan memperluas lagi jangkauannya untuk mendapatkan dan mengumpul maklum balas daripada orang ramai. Usaha selama setahun yang lalu itu juga telah membawa kepada peningkatan penglibatan penduduk Singapura, termasuk golongan belia. Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Timbalan Pengerusi Reach, memberi perincian dan berkongsi dengan BERITA HARIAN (BH) usaha yang telah dilaksanakan unit maklum balas pemerintah itu sepanjang tahun ini.




MEMPERKASA generasi muda dengan memberi mereka peluang untuk menetapkan agenda dan memutuskan perkara yang ingin dikongsi atau dibincangkan.



Itulah antara pendekatan yang diambil unit maklum balas pemerintah, Reach, dalam usaha mendekati lebih ramai belia dan melibatkan mereka untuk berkongsi keprihatinan serta mengutarakan maklum balas menerusi wadah perbincangan awam yang tersedia.



Reach telah mempergiat penglibatan dan usaha jangkauannya dengan generasi muda sejak pelantikan 15 wakil pelajar dalam Panel Penyeliaan barunya yang diumumkan tahun lalu, kata Timbalan Pengerusi Reach, Cik Rahayu Mahzam.



Menurut beliau, Reach komited untuk melibatkan belia dalam perkongsian dan perbincangan tentang pelbagai isu yang dihadapi terutama di peringkat negara, menerusi platform yang disesuaikan untuk mereka.



"Pendekatan yang kami ambil ialah kami ingin tahu apa yang membimbangkan belia kami dan apakah yang membuat mereka rasa tersakiti atau 'pain points' mereka supaya kami boleh cuba mencari cara bagaimana mereka dapat menyuarakan dan berkongsi keprihatinan ini," kata Cik Rahayu, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).



Sejak beberapa tahun ini, pelbagai program telah diperkenal untuk golongan belia di sini.



Selain membentuk 'titik dengar' di institut pengajian tinggi dan sesi dialog bagi membolehkan golongan itu mengongsi pandangan dan fikiran mereka, Reach juga telah mengadakan program-program khusus yang menyentuh tentang perkara yang lebih dekat dengan kehidupan belia.



Antaranya seperti program 'Singapore Model Parliament' yang diadakan secara maya buat julung-julung kalinya tahun ini.



Seramai 200 peserta belia telah mengikuti bengkel, sesi dialog dan simulasi perbahasan di parlimen di mana mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan belia lain mengenai isu yang mereka minati.



Di samping itu, mereka juga berpeluang memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang proses penggubalan dasar.



Menyentuh tentang program ini, Cik Rahayu berkata bahawa para belia yang menyertai program Model Parlimen Singapura ini akan memutuskan topik yang ingin mereka bincang dan bahaskan.



"Jadi, elemen penglibatan kami bagaikan memberi mereka kuasa untuk memutuskan apa yang mereka ingin lakukan dan membincangkan tentang perkara yang penting bagi mereka," kata beliau.



"Jadi, saya rasa itu menjadikan penglibatan mereka lebih menonjol kerana kami tidak menentukan agenda dan berkata 'okey, mari kita bincangkan tentang perkara ini dan saya ingin memberitahu anda apa yang pemerintah sedang lakukan tentang perkara ini'."



Dalam menjayakan usaha melibatkan lebih ramai belia, Reach juga telah bekerja rapat dengan pelbagai rakan kongsi.



Antaranya termasuk Mental Health Collective, sebuah kumpulan asas belia.



Kumpulan tersebut baru-baru ini telah menganjurkan sebuah pameran seni yang diberi judul 'The Artist's Residency'. Ia mengetengahkan dapatan Reach tentang kesejahteraan mental belia yang dikumpulkan melalui beberapa siri penglibatan belia yang dijalankan sepanjang tahun.



Ia juga akan menampilkan tujuh karya seni pelbagai bentuk yang dicipta bersama oleh lima artis yang menghidap gangguan mental dan sembilan pelajar seni.



Dalam mendakap inovasi dan pendigitalan, Reach turut memanfaatkan platform digital seperti media sosial untuk mendekati golongan belia.



Platform media sosial seperti TikTok antara lain digunakan untuk mengongsi maklumat atau kemas kini dasar terbaru yang diperkenalkan pemerintah.



Merumuskan usaha Reach bagi golongan belia, Cik Rahayu berkata:



"Saya fikir ini merupakan satu yang menyegarkan untuk melihat dan mendapatkan maklum balas daripada lebih ramai belia kita dalam usaha masyarakat seperti ini."




"... elemen penglibatan kami bagaikan memberi mereka kuasa untuk memutuskan apa yang mereka ingin lakukan dan membincangkan tentang perkara yang penting bagi mereka... Jadi, saya rasa itu menjadikan penglibatan mereka lebih menonjol kerana kami tidak menentukan agenda dan berkata 'okey, mari kita bincangkan tentang perkara ini dan saya ingin memberitahu anda apa yang pemerintah sedang lakukan tentang perkara ini'."
- Cik Rahayu Mahzam, Timbalan Pengerusi Reach.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >