Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah reda pasaran buat jualan rumah privet baru merosot 58% bulan lalu

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



PENJUALAN rumah privet baru bulan lalu terjejas akibat langkah meredakan harga pasaran hartanah yang berkuat kuasa pada separuh kedua bulan itu, selain kemerosotan biasa pada setiap hujung tahun.



Penjualan merosot 58 peratus kepada 650 unit bulan lalu, daripada 1,548 unit pada November, menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.



Perangkaan itu tidak termasuk kondominium eksekutif (EC).



Permintaan merosot 46.6 peratus daripada 1,217 unit pada Disember 2020.



Sementara itu, pemaju melancarkan penjualan hanya bagi 383 unit baru bulan lalu sedang mereka menantikan kesan sekatan hartanah tersebut. Pelancaran berkurangan 70 peratus daripada 1,283 unit pada November, dan 71.6 peratus lebih rendah daripada 1,349 unit pada Disember 2020.



Sepanjang tahun lalu, penjualan rumah privet baru berjumlah 13,372 unit, bilangan tertinggi sejak 14, 948 unit dijual pada 2013.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee &Tie, Cik Christine Sun, berkata langkah meredakan pasaranan hartanah serta musim cuti hujung tahun memberikan impak ke atas penjualan Disember, walaupun perangkaan bulan lalu mungkin tidak mencerminkan kesan sepenuhnya langkah tersebut.



Cik Sun berkata penjualan agak rendah itu dijangka hanya sementara kerana mengikut sejarah, permintaan akan mula meningkat semula sekitar enam bulan selepas langkah meredakan pasaran hartanah, seperti yang berlukan pada Julai 2018.



Bulan lalu, projek mendapat penjualan agak baik termasuk Normanton Park, Mori, Dairy Farm Residences, The Florence Residences, Leedon Green, Provence Residence dan Parc Greenwich.



Pada bulan lalu, 32 peratus urus niaga berharga di bawah $1.5 juta, 32.5 peratus antara $1.5 juta dengan $2 juta, dan baki 35.5 peratus melebihi $2 juta.



Warga Singapura merangkumi sebahagian besar pembeli, dengan 83 peratus unit, manakala Penduduk Tetap (PR) membentuk 12.6 peratus dan warga asing 4.2 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >