Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah redakan pasaran rumah bagi pastikan rumah terus dimampui: Desmond

Dec 16, 2021 | 03:49 PM



PEMERINTAH telah menimbangkan dengan teliti dalam memperkenalkan langkah meredakan pasaran rumah terkini untuk memastikan harga rumah terus dimampui bagi warga Singapura, khususnya bagi flat jualan semula, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Menurut beliau, jika harga rumah tidak dipantau dan dikawal, ia mungkin terus melambung dan boleh menjejas banyak keluarga nanti.



Langkah meredakan pasaran diumumkan sedang harga rumah privet dan jualan semula meningkat dengan mendadak meskipun dengan kesan ekonomi ekoran Covid-19.



Antara langkah berkuat kuasa pada Khamis (16 Dis) ialah cukai setem pembeli tambahan (ABSD) bagi warga membeli hartanah perumahan kedua dinaikkan kepada 17 peratus daripada 12 peratus manakala cukai itu dinaikkan kepada 25 peratus daripada 15 peratus, bagi warga membeli rumah ketiga dan seterusnya.



Nisbah bayaran pinjaman hutang (TDSR) bagi peminjam juga akan diketatkan daripada 60 peratus kepada 55 peratus sementara pinjaman HDB akan diturunkan kepada 85 peratus berbanding 90 peratus daripada harga pembelian rumah.



Encik Lee berkata terdapat trend kenaikan yang jelas dalam harga dan jumlah urus niaga meskipun dengan situasi Covid-19 masih tidak menentu, termasuk kemungkinan penularan varian Omicron.



“Jika tidak dipantau, harga rumah kemungkinan akan terus meningkat melebihi asas ekonomi.



“Ini akan meningkatkan risiko pembetulan yang tidak stabil nanti yang boleh menjejas banyak isi keluarga,” ujar beliau.



Menurut Encik Lee, peminjam juga akan terdedah kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah mulai tahun depan sedang bank-bank pusat utama menimbangkan untuk mengetatkan dasar kewangan.



“Gabungan harga terus meningkat dan kadar faedah lebih tinggi boleh menimbulkan risiko peningkatan signifikan bagi kos bayaran hutang untuk pembeli pada masa depan,” terangnya, dalam sidang akhbar pada Khamis (16 Dis).



Tambah beliau, langkah ini akan menangani permintaan dan bekalan perumahan serta membantu menyokong pasaran hartanah yang stabil dan mapan pada jangka masa sederhana, di samping memastikan perumahan kekal dimampui untuk rakyat Singapura, yang majoritinya menetap di flat HDB.



“Yang penting, langkah ini mengutamakan pembelian rumah oleh mereka yang benar-benar mahu mendiami rumah, khususnya pembeli rumah pertama kali.



“Langkah-langkah ini khususnya, bagi memastikan daya kemampuan dalam pasaran flat jualan semula HDB, seperti diukur oleh nisbah harga rumah berbanding pendapatan (HPI), kekal di bawah kadar bersejarahnya,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >