Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah sejukkan pasaran hartanah kekal buat masa ini: Wong

Oct 10, 2016 | 10:16 AM



HARGA rumah privet telah merosot selama tiga tahun tetapi langkah-langkah penyejukan pasaran hartanah akan kekal buat masa ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Anggaran awal menunjukkan harga jatuh 1.5 peratus pada suku ketiga tahun ini daripada suku kedua, kemerosotan suku ke suku paling banyak dalam tempoh tujuh tahun.



Ia kemerosotan kali ke-12 berturut-turut, dan membuat harga rumah privet 10.8 peratus lebih rendah pada keseluruhannya daripada suku ketiga 2013.



Namun, Encik Wong, yang mengambil alih portfolio Pembangunan Negara setahun lalu, berkata: "Ia bukanlah seolah-olah ada satu titik harga yang kita boleh katakan: (Ia) sudah turun sebanyak peratus, oleh itu saya boleh tukar langkah-langkah... Kami melihat pada pertimbangan lebih luas."



Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao minggu lalu.



Pelbagai langkah penyejukan, termasuk duti setem dan sekatan pinjaman tambahan bagi pembeli, yang dilaksana dalam beberapa tahun kebelakangan telah melemahkan permintaan bagi rumah baru dan membuat harga jatuh.



Encik Wong berkata langkah-langkah itu diperkenal bukan untuk menghentikan harga daripada naik sahaja, tetapi juga "sebagai tindak balas bagi konteks global dan sekitaran yang sangat unik" yang ditandai dengan pertumbuhan lembap, kadar faedah sangat rendah dan kecairan mencari pulangan lebih tinggi.



"Jika dan apabila aliran masuk modal berlaku, baik daripada sumber tempatan atau luar negara, sangat mudah untuk membuat keadaan turun naik dalam pasaran hartanah kita, dan kita tidak mahu itu berlaku," kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan Kedua.



Beliau menambah bahawa "kita tidak mahu menjadi negara spekulator hartanah".



Dengan mengambil kira prospek global, sekitaran luaran dan keadaan dalam negeri, Pemerintah menilai bahawa langkah-langkah penyejukan perlu untuk membuat pasaran hartanah "stabil dan mampan".



Walaupun melonggarkan beberapa langkah boleh membantu merangsang pasaran hartanah dan kemudian menyokong pertumbuhan ekonomi, Encik Wong berkata sembarang langkah untuk menggunakan sektor hartanah bagi merangsang ekonomi mesti dipertimbang dengan mengambil kira kos dan risiko.



Beliau berkata masih terdapat permintaan asas yang agak kukuh bagi hartanah dan pembeli serta pelabur semakin selektif - memilih lokasi baik dan harga kompetitif, berdasarkan sambutan terhadap pelancaran kondominium baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >