Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah sokongan Covid-19 tambahan buat syarikat, pekerja telan belanja $1.2 bilion: Lawrence Wong

Jul 05, 2021 | 04:55 PM



PAKEJ sokongan bagi membantu syarikat dan pekerja yang terjejas oleh tempoh kewaspadaan dipertingkat dijangka menelan belanja $1.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pada Isnin (5 Julai) dalam ucapan mengenai cara langkah ini dibiaya.



Dalam kenyataan pertamanya mengenai perbelanjaan pemerintah sejak menggalas amanah sebagai Menteri Kewangan pada Mei, Encik Wong berkata: "Bagi Singapura, kita boleh menaruh keyakinan bahawa kita kini berada dalam kedudukan lebih baik bagi menangani pandemik ini kini berbanding pada tempoh awal.



"Kita mempunyai pertahanan kesihatan awam lebih tangkas termasuk dalam keupayaan menguji dan menjejak kontak, yang membolehkan kita dengan segera mengesan dan mengekang penularan kelompok baru.



"Kita juga telah mendapatkan vaksin mRNA yang secukupnya sebagai sebahagian program nasional kita dan kini berupaya menawarkan vaksin ini kepada individu yang layak di Singapura," katanya.



Singapura memasuki Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 16 Mei, mengenalkan langkah bagi mengekang penularan varian Delta yang lebih mudah menjangkiti selepas kelompok mula timbul di Hospital Tan Tock Seng dan Lapangan Terbang Changi serta tambahan kes masyarakat yang tiada kaitan dengan kes terdahulu.



Ini bermakna kekangan dalam situasi tertutup di mana orang ramai tidak perlu menggunakan pelitup termasuk di tempat jualan makan dan minum, gimnasium dan pusat kecergasan serta lokasi seni dan persembahan budaya.



Sekatan ini dilonggarkan mulai 14 Jun apabila Singapura beralih ke Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat).



"Bagi menangani pusingan penularan terkini, kami mengambil keputusan tidak perlu melalui tempoh pemutus rantaian jangkitan penyakit yang meluas secara ekonomi seperti yang dilakukan tahun lalu.



"Sebaliknya, kami mengambil langkah lebih tersasar yang berdasarkan keadaan penularan wabak, seteruk manakah situasinya," ujar Encik Wong.



Beliau menambah langkah sokongan juga bertujuan membantu perniagaan dan individu yang paling terjejas dengan sekatan yang diperketatkan.



Menurutnya, pemerintah telah berunding rapat dengan pekerja, pemimpin kesatuan dan pemimpin perniagaan dalam mengemukakan pakej sokongan yang mula-mula diumumkan pada 28 Mei.



Satu unsur utama adalah pengukuhan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bagi sektor yang lebih teruk terjejas.



Pusat F&B, gimnasium, studio kecergasan serta pertubuhan seni pementasan dan pusat pendidikan seni mendapat sokongan JSS sebanyak 50 peratus manakala perniagaan yang tidak perlu menggantung operasi seperti cawangan runcit, pawagam dan taman permainan tertutup mendapat subsidi 30 peratus.



Sokongan JSS akan dikurangkan kepada 10 peratus bagi dua minggu mulai 12 Julai sedang Singapura bersiap untuk membuka semula ekonominya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >