Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah tambahan bantu sektor pelancongan

Kerjasama pelbagai pihak bantu kurangkan potensi pekerja dipecat, pertingkat kemahiran
Feb 22, 2020 | 05:30 AM



BEBERAPA langkah tambahan diumumkan semalam untuk membantu sektor pelancongan yang terjejas oleh wabak koronavirus.



Langkah yang diperkenalkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB), SkillsFuture Singapura (SSG), agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dengan kerjasama Persatuan Hotel Singapura (SHA) serta Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Bersekutu (FDAWU) antara lain akan membantu mengurangkan potensi pekerja dipecat selain mempertingkatkan kemahiran mereka.



Ini diumumkan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo dan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan), Encik Chee Hong Tat ketika mengunjungi Hotel Copthorne King Singapura.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, SSG, STB dan WSG berkata kerjasama tiga pihak itu merupakan antara bantuan terkini menyusuli pengumuman Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai $4 bilion oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan baru-baru ini.



Menurut kenyataan itu, "perniagaan juga akan terus mendapat sokongan dalam membiayai kos transformasi perniagaan dan reka semula pekerjaan, seperti Inisiatif Reka Semula Pekerjaan Hotel dan Skim Pembangunan Perusahaan Kurang Pekerja (LEDS)."



Bagi menyediakan lebih banyak sokongan kepada syarikat pelancongan agar dapat mempertingkatkan keupayaan pekerja mereka, STB akan meningkatkan dana untuk skim Latihan Karyawan dalam Industri Pelancongan (TIP-iT).



STB akan membiayai sehingga 90 peratus kos yuran kursus latihan dan yuran pelatih yang sebelum ini hanya diperuntukkan sebanyak 50 peratus.



Di samping itu, pembayaran gaji untuk pekerja yang tidak hadir ke kerja juga akan dinaikkan daripada $4.50 setiap jam kepada 90 peratus daripada gaji asas setiap jam yang dibayar kepada pekerja tersebut, dihadkan pada $10 sejam.



Dalam pada itu, sebanyak $5 juta juga akan diperuntukkan untuk menyediakan sokongan untuk industri pelancongan khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >