Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Langkah tidak benarkan pelawat ziarah pesakit hospital bermula

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



LARANGAN mengunjungi hospital selama empat minggu bagi pelawat bermula semalam, dengan hanya beberapa pengunjung sahaja dilihat memasuki Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pagi semalam.



Mereka antara kumpulan kecil orang yang dibenarkan melawat pesakit, yang dikecualikan daripada larangan itu berdasarkan kes.



Ini termasuk melawat pesakit dalam keadaan kritikal dan wanita baru bersalin.



Mereka juga harus menunjukkan keputusan ujian pantas antigen (ART) atau keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) negatif dalam masa 24 jam sebelum setiap lawatan.



Sekatan itu dilaksana sedang kes Covid-19 semakin meningkat dan lebih banyak kes kini dikesan dalam kalangan kakitangan hospital, pesakit dan pelawat.



Kelmarin, Singapura mencatat jumlah harian rekod kes Covid-19 sebanyak 1,504 kes.



Hospital Besar Changi (CGH) adalah antara kelompok besar yang disenaraikan dengan 59 kes positif dalam kalangan kakitangan hingga 8 September.



Di TTSH, terdapat beberapa papan tanda yang diletakkan di kawasan pendaftaran hospital untuk mengingatkan orang ramai bahawa pengunjung tidak dibenarkan, lapor The Straits Times.



Antara lain, sebuah kawasan khusus untuk ujian ART telah didirikan untuk menampung hingga 30 orang bagi mengambil ujian itu.



Terdapat beberapa orang dilihat mendaftar di kaunter pendaftartan.



Antara pengunjung yang tiba pada 8 pagi semalam ialah Cik Iris Lim, 48 tahun, yang dibenarkan mengunjungi bapanya yang ditempatkan di unit jagaan rapi (ICU).



Cik Lim berkata beliau telah mengambil ujian ART di klinik di Yishun kelmarin sebelum lawatannya ke hospital itu semalam.



Bagi pesakit dalam keadaan kritikal, mereka dibenarkan menerima hingga lima pengunjung sehari, tetapi hanya dua orang maksimum setiap kali.



"Jika saya mempunyai pilihan, saya tidak mahu datang ke hospital dalam keadaan sebegini.



"Mengapa membahayakan diri? Tetapi, bapa saya berada di ICU," kata Cik Lim, seorang jurujual.



Beliau dan adik-beradiknya mengambil giliran untuk melawat bapa mereka untuk beberapa hari.



Menjelang 11.30 pagi, meja di kaunter perkhidmatan penuh dengan barang makanan yang ditinggalkan oleh penjaga dan keluarga untuk diberikan kepada pesakit kerana mereka tidak dibenarkan menziarahi.



Hospital menggesa orang ramai tidak menghantar barang kepada pesakit kecuali barang keperluan.



Dalam satu catatan Facebook kelmarin, TTSH berkata: "Dengan kunjungan ke wad ditangguh buat masa ini, ada cara lain untuk menghubungi keluarga tersayang anda.



"Menerusi kaedah digital - telefon atau buat panggilan video. Kami akan lakukan terbaik untuk menyokong anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >