Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN KESIHATAN

Langkah tumpu pelbagai isu kesihatan mental lebihi Covid-19

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 akan diubah menjadi wadah antara agensi untuk meninjau usaha kesihatan dan kesejahteraan mental melebihi pandemik itu menjelang pertengahan tahun ini.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, mengumumkan demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH) di Parlimen semalam.



Menurutnya, pasukan bertindak itu akan memberi tumpuan pada pelbagai isu yang memerlukan kerjasama berbilang dan antara agensi.



Pandemik Covid-19 telah menarik perhatian kepada isu kesihatan mental, dengan lebih ramai orang mendapatkan bantuan bagi masalah berkaitannya semasa pandemik itu.



Dr Janil berkata pasukan bertindak yang dibentuk Oktober lalu untuk mengkaji kesan psiko-sosial pandemik itu ke atas penduduk Singapura ini telah menyarankan tiga bidang yang perlu diusahakan.



Ini termasuk membangunkan strategi kesihatan dan kesejahteraan mental nasional, laman web sumber kesihatan mental nasional dan rangka kerja latihan kecekapan kesihatan mental nasional.



Sedang usaha dijalankan untuk membina keupayaan, pusat psikiatri utama Singapura juga perlu dipertingkat.



Dr Janil berkata kerja peningkatan yang dijalankan di Institut Kesihatan Mental (IMH) sejak 2018, antara lain bagi meningkatkan kecekapan operasi serta keselamatan pesakit dan kakitangan, dijangka siap menjelang hujung tahun depan.



Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong menarik perhatian bahawa orang ramai boleh menjangka 12 poliklinik baru dalam beberapa tahun akan datang.



Ini bermakna akan terdapat 32 poliklinik di serata negara menjelang 2030.



Selain mengukuhkan penjagaan asas, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, berkata pemerintah akan juga memanfaatkan teknologi untuk menyampaikan penjagaan dengan lebih berkesan sambil memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga manusia yang terhad.



MOH sedang menubuhkan farmasi nasional untuk menyatukan penghantaran ubat dari institusi penjagaan kesihatan awam berbeza mulai tahun depan.



Dr Koh berkata Farmasi Pengisian Pusat Nasional (NCFP) itu akan menyatukan ubat dari penyedia khidmat penjagaan kesihatan berbeza itu di satu lokasi pusat dan menghantarnya ke rumah, peti surat atau tempat lain yang mudah bagi pesakit.



Model penghantaran ubat ini akan dilancarkan secara bertahap, dengan fasa pertama, yang akan bermula awal tahun depan, dijangka dapat dimanfaat pesakit poliklinik yang mengambil ubat bagi penyakit kronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >