Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah tunda caj bayaran lewat bagi pinjaman, sewa flat HDB dilanjut

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



PEMILIK dan penyewa flat HDB yang tidak dapat membayar sewa atau pinjaman rumah bulanan tidak akan dikenakan caj bayaran lewat bagi lagi enam bulan sehingga 20 September 2021.



Menteri Negara (Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang mengumumkan pelanjutan penggantungan caj bayaran lewat itu semalam, berkata ia adalah langkah yang bertujuan membantu isi rumah yang mengalami masalah kewangan.



"Meskipun kita sedang melihat tanda-tanda positif dalam ekonomi dan pasaran kerja, sebahagian isi rumah warga Singapura terus berdepan dengan keadaan kewangan sukar atau tidak menentu akibat kesan Covid-19 terhadap ekonomi," kata Dr Faishal.



"Pelanjutan caj bayaran lewat itu adalah untuk membantu isi rumah sedemikian mengharungi cabaran ini, selaras dengan pendekatan pemerintah untuk memberikan sokongan terkhusus kepada isi rumah yang memerlukan."



Buat masa ini, caj bayaran lewat adalah 7.5 peratus setiap tahun, berdasarkan bayaran ansuran yang tertunggak di akhir bulan.



Antara April 2020 dengan Mac 2021, lebih 5,200 isi rumah yang mengalami masalah untuk membayar pinjaman rumah atau sewa rumah telah mendapatkan bantuan kewangan yang ditawarkan HDB.



Ini termasuk skim yang menganjak bayaran ke tarikh di masa depan dan skim bayaran yang mengurangkan jumlah ansuran.



Ada juga skim yang mengurangkan bayaran bulanan dengan melanjutkan tempoh pinjaman.



Dalam tempoh yang sama, HDB juga mengurangkan sewa bagi sekitar 4,000 isi rumah, kata Dr Faishal, menulis di Facebook.



Pemilik rumah dan penyewa yang mengalami kesukaran digalak untuk menghubungi cawangan HDB berhampiran tempat kediaman mereka untuk meminta tolong.



Mereka yang membuat pinjaman bank boleh menggunakan Skim Sokongan Lanjutan yang diperkenalkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan institusi kewangan lain untuk membantu individu yang mengalami masalah aliran tunai beralih secara beransur kepada membuat bayaran pinjaman penuh.



Individu boleh memohon membuat bayaran ansuran yang dikurangkan bagi pinjaman rumah sehingga 31 Disember ini.



Oktober lalu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dan Dr Faishal Ibrahim mengumumkan bahawa Pemerintah akan menggantung caj bayaran lewat sehingga 31 Mac 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >