Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM SASTERA BERITA HARIAN

Lantunan suara Sanisah Huri bawa penonton susuri era 1960-an

Nov 06, 2017 | 05:30 AM



SUARA merdu biduanita Sanisah Huri menyanyikan lagu-lagu malar segar bagai mengembalikan memori indah dari zaman 1960- dan 1970-an.



Lagu popular nyanyian Sanisah tulisan Cikgu Yusnor Ef seperti Gelisah dan Joget Malam Berinai membawa penonton menyusur perjalanan seninya selama 50 tahun di Malam Sastera: Asmara Dalam Lagu di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapura, semalam.



Acara yang dianjur bersama akhbar Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan dengan sokongan Perkamus itu diadakan sempena Pesta Penulis Singapura dan meraikan ulang tahun ke-60 akhbar.



Selama sejam setengah, Sanisah bukan sahaja menghiburkan peminat dengan nyanyiannya, malah beliau dan Cikgu Yusnor banyak berkongsi kisah menarik di sebalik lagu dan pengalaman bermakna sepanjang perjalanan seni mereka.



Cikgu Yusnor, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Mohamed Yusofe, penulis seni kata dan penggubah lagu mapan, merupakan individu yang berperanan penting dalam mengharumkan nama Sanisah Huri.



Sanisah, anak kelahiran Singapura dan bekas penuntut Sekolah Menengah Monk's Hill, mula bergiat dalam bidang muzik dengan kumpulan The Terwellos pada usia 15 tahun.



Beliau kali pertama membuat rakaman menerusi label EMI bagi filem A-Go-Go '67 terbitan Shaw Brothers menerusi lagu Siapa Gerangan dan Alam Seni, dengan iringan The Terwellos. Bersama kumpulan The Hooks pula, beliau merakam lagu Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah.



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa salah satu lagunya tulisan Cikgu Yusnor, Tahun Sedih Bagiku, berdasarkan kisah hidup Sanisah sendiri.



Cikgu Yusnor mendapat idea menulis lirik lagu itu apabila Sanisah berkongsi bahawa Allahyarham datuknya meninggal dunia pada pagi hari lahirnya yang ke-17.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >