Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lanun serang dua kapal di Selat S'pura

Feb 10, 2020 | 08:57 AM



DUA kapal di Selat Singapura diserang oleh lanun dalam tempoh sejam awal pagi Ahad (9 Februari).



Beberapa enjin tambahan dicuri dalam salah satu kejadian itu, manakala dalam satu kejadian lain, lanun tidak mendapat apa-apa, menurut kenyataan Pusat Perkongsian Maklumat Bagi Menangani Lanun dan Rompakan Bersenjata (ReCAPP).



Ini menjadikan jumlah kejadian serangan lanun di Selat Singapura mencapai enam sejak awal tahun ini. Serangan lanun merupakan satu isu hangat dan 31 kejadian dilaporkan di Selat Singapura tahun lalu.



Kejadian itu berlaku pagi Ahad di laluan sebelah timur di Selat Singapura.



Sekitar 2.20 pagi, sebuah kapal New Spririt sedang melalui Nongsa Point, Indonesia yang berdekatan apabila enam penyerang yang mempunyai pisau memasuki bilik enjin. Mereka terus lari apabila melihat kru kapal tanpa dapat mengambil satu barang pun.



Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura dan kapal itu terus ke Singapura bagi pihak polis menjalankan siasatan lanjut.



Dalam kejadian kedua, kapal Swarna Jayanti juga sedang melalui Nongsa Point sekitar 2.52 pagi apabila kru kapal melihat orang tidak dikenali di bilik enjin. Kru kapal berkumpul untuk mencari orang itu.



ReCAAP menyuarakan keprihatinan mengenai kejadian lanun itu yang berulang di Selat Singapura dan memberi amaran bahawa kejadian serupa boleh berlaku lagi memandangkan lanun itu belum ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >