Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan cerpen dipilih sebagai finalis

Orang ramai boleh undi cerpen pilihan mereka dalam tempoh sebulan
Nov 01, 2016 | 05:30 AM



LAPAN cerpen terbaik telah dipilih sebagai finalis peraduan menulis cerpen Mencari Kristal daripada sekitar 35 penyertaan.



Daripada senarai ini, pemenang tempat pertama, kedua, ketiga selain lima pemenang sagu hati akan ditentukan panel pengadil dan juga undian elektronik orang ramai.



Mulai pagi esok, orang ramai berpeluang mengundi cerpen pilihan mereka dalam tempoh sebulan untuk menentukan cerpen terbaik yang akan memenangi pingat dan juga $5,000 tunai yang akan diumumkan 9 Disember ini.



Lapan cerpen tersebut adalah: Sang Pembunuh oleh Yazid Hussein; Retak oleh Clarissa Nathania Goenawan; Bulan Jingga oleh Mohamamd Farihan Bahron; Baik Ayah oleh Amanah Mustafi; Langit Nan Satu oleh Zaleha Isnin; Bantal Pak Akub oleh Djohan A Rahman; Alibi oleh Tuty Alawiyah Isnin; dan Awak Kad Mana? oleh Mohamed Naguib Ngadnan.



Lapan cerpen itu dipilih tiga anggota juri yang terdiri daripada penulis Encik Jamal Ismail; karyawan teater Encik Noor Effendy Ibrahim; dan Editor (Gaya Hidup, Seni & Hiburan) Berita Harian, Cik Hanim Mohd Saleh.



Pengadil menyampaikan rasa gembira mereka melihat suntikan aspek 'thriller cinta' dalam cerpen mereka bertepatan dengan tema yang telah ditetapkan.



Menurut Cik Hanim, cerpen yang diterima pada pusingan terakhir peraduan itu amat memberangsangkan kerana sebahagian besar peserta memilih cerita yang bernuansa isu terkini dengan konteks serantau atau antarabangsa.



Katanya: "Untuk memilih pemenang, kami mencari di manakah letaknya 'cahaya kristal' yang ada dalam karya penulis itu, iaitu ciri-ciri menyerlah yang membuatnya kelihatan lebih istimewa setelah aspek bahasa, isi, olahan, dan debaran cinta diambil kira."



Menurut seorang lagi anggota juri, Encik Noor Effendy Ibrahim, karya yang dihasilkan mempunyai banyak potensi dari segi pemikiran idea dan kreativiti dalam penulisan.



"Hampir kesemua penulis cuba bereksperimentasi dengan gaya dan teknik penulisan.



"Ini memberi harapan akan lahirnya generasi baru penulis cerpen dan kreatif bahasa Melayu yang berani bermain dengan bahasa dan penulisan, dan sama penting tidak segan menyoal isu sulit dan global dalam penulisan mereka," ujarnya.



Bagi anggota juri ketiga, Encik Jamal, Faktor X yang dicari dalam karya yang dinilai itu termasuk penerokaan baru dari sudut tema, latar, dan juga tulisan.



"Harapan saya adalah supaya penulis ini dapat meneruskan tradisi menulis, dan supaya mereka dapat diasuh dan bakat mereka diasah supaya dapat terus menceburi bidang penulisan di sini," ujarnya.



Orang ramai boleh mengundi karya terbaik pilihan mereka melalui laman utama Mencari Kristal, www.beritaharian.sg/mencari-kristal.



Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai $5,000 dan trofi manakala pemenang kedua $2,000 dan trofi, dengan pemenang ketiga menang $1,000 dan trofi.



Lima pemenang sagu hati akan membawa pulang $200 dan trofi setiap seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >