Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan diberkas dalam operasi cegah rokok elak cukai

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



LAPAN individu diberkas dan lagi 11 pekerja migran dikenakan denda kompaun atas kesalahan memiliki rokok tidak dibayar cukai setelah pegawai Kastam Singapura melakukan serbuan di beberapa lokasi antara Selasa dengan Rabu lalu.



Wartawan Berita Harian diberi peluang memerhatikan operasi pasukan Kastam itu.



Rokok terlarang yang dimiliki pesalah, disyaki telah dibeli di platform WeChat dan Telegram setelah penjual beralih kepada wadah digital akibat pandemik Covid-19.



Difahamkan, seorang pekerja membeli sejumlah rokok bagi 'memenuhi tempahan minimum' dan kemudiannya rokok itu diagihkan kepada rakan kerja lain.



Ditemui selepas serbuan yang dijalankan Selasa lalu, seorang pekerja migran warga China, berusia 50-an tahun berkata beliau membeli rokok terlarang itu kerana harganya jauh lebih murah berbanding rokok yang dijual di kedai-kedai.



"Harganya $5 hingga $6 sahaja. Saya mendapatkannya daripada rakan saya yang telah menempah untuk pekerja lain menerusi WeChat kata lelaki itu yang sudah bekerja di sini selama lebih 10 tahun.



Lelaki itu dikenakan denda kompaun sebanyak $4,800 kerana mempunyai empat karton rokok Double Happiness buatan China yang tidak dibayar cukai, termasuk lagi empat kotak rokok terlarang apabila serbuan oleh pegawai Kastam itu dilakukan pada tengah hari Selasa lalu di sebuah kilang di Second Chin Bee Road.



Lagi dua lelaki turut dikenakan kompaun atas kesalahan serupa kecuali seorang lagi lelaki, juga seorang warga Cina yang diberkas kerana disyaki telah mengumpulkan kiriman rakan kerjanya dan membuat tempahan rokok itu bagi mereka.



Setelah serbuan di kilang tersebut, pegawai kastam kemudian beralih ke sebuah apartmen dekat Jurong Lake Gardens.



Di situ seorang pekerja migran, warga Cina yang ditangkap kerana menempah lebih 17 karton rokok Double Happiness dan dipercayai telah mengagihkan kepada kawannya.



Secara keseluruhan, Kastam Singapura berkata, lima lelaki warga Cina dan seorang lelaki warga Malaysia berusia antara 32 dengan 43 tahun telah ditangkap pada Selasa lalu.



Lagi 11 individu pula berusia 25 hingga 51 tahun diberikan denda komposisi sebanyak $500 hingga $5,000 pada hari yang sama.



Kastam Singapura berkata ia telah melaksanakan serbuan di sekurang-kurangnya 10 lokasi kawasan utara dan barat Singapura.



Sejumlah 9.8 kilogram rokok haram telah dirampas dan jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan itu masing-masing bernilai sekitar $4,191.80 dan $336.13.



Tiga antara mereka yang ditangkap telah didakwa di mahkamah semalam.



Bagi serbuan yang dilaksanakan Rabu lalu, seorang lelaki dan wanita warga Singapura turut ditangkap kerana memiliki lebih 53 karton rokok haram.



Kastam Singapura berkata sekitar enam dalam 10 pembeli rokok haram di sini merupakan warga asing.



Pihak berkuasa itu menambah ia akan mengubah strategi penguatkuasaannya untuk mencegah cara penjualan penyeludupan rokok haram di Singapura yang turut diubah semasa pandemik ini.



"Disebabkan pandemik Covid-19, lebih banyak penjual menggunakan platform media sosial seperti WeChat dan Telegram, untuk menjual dan membeli rokok tanpa bayaran cukai," kata Ketua Jabatan Pencegahan dan Penglibatan Masyarakat, Kastam Singapura, Encik Chua Teck Hui.



Menjawab pertanyaan media, Kastam Singapura berkata ia sedang mengawasi platform kiriman mesej tersebut secara aktif dan akan terus melaksanakan operasi yang menyasarkan penjual dan pembeli rokok haram.



Mengenai penjualan secara fizikal pula, Kastam Singapura juga "tidak percaya bahawa penjualan di jalanan telah lesap," biarpun dalam kemelut ini dan ia "akan terus melakukan operasi untuk menjegah penjualan di jalanan."



Dalam pada itu, Encik Chua turut menegaskan warga asing yang ditangkap menjual rokok haram akan dihantar pulang ke negara asal mereka setelah didakwa di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >