Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lapan dicekup polis, disiasat kerana berjudi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lapan dicekup polis, disiasat kerana berjudi

Sep 19, 2021 | 05:30 AM

POLIS sedang menyiasat lapan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan berjudi secara haram.

Menurut kenyataan polis semalam, para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan berjudi secara haram di Yishun pada 15 September.

Lima lelaki berusia di antara 62 tahun dengan 74 tahun, sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Pertaruhan.

Dua lelaki lain dan seorang wanita berumur di antara 60 tahun dengan 78 tahun sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh.

Kenyataan itu berkata wang tunai bernilai lebih $2,000, telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi telah dirampas.

Di bawah Akta Pertaruhan, mereka yang bertaruh dengan penerima taruhan boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000 atau penjara selama tidak lebih enam bulan, atau kededuanya.

Mereka didapati terlibat dalam penerimaan taruhan boleh dikenakan denda tidak kurang $20,000 dan tidak melebihi $200,000 serta dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Sementara itu, di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh, mereka yang terlibat dalam perjudian jarak jauh boleh dikenakan denda yang tidak melebihi $5,000, atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kededuanya.

Pihak polis memandang serius terhadap sebarang jenis kegiatan pertaruhan haram dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas serta mendakwa mereka yang terlibat, mengikut undang-undang.

Ia juga mengingatkan orang awam supaya tidak mengelak daripada semua jenis kegiatan berjudi, menurut kenyataan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3